KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang 'makan angin' menaiki perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) pada Sabtu dan Ahad ini dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.
Peluang itu dinikmati menerusi 'ERL RM1 Joyride Weekend' iaitu inisiatif Express Rail Link Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bertujuan untuk merangsang semula perjalanan riadah tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor dalam kenyataan pada Rabu berkata, program tersebut akan dirasmikan Sabtu ini oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
"ERL gembira dapat memainkan peranan dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menghidupkan semula industri perjalanan riadah dan sebagai pemain industri yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 yang masih berterusan, kami percaya semua pihak patut melaksanakan peranan mereka bagi menyokong pemulihan negara.
"ERL turut bekerjasama dengan beberapa pemain industri untuk kempen tersebut, termasuk Tabung Haji, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), KL Hop-On Hop-Off, Perbadanan Putrajaya, Sukaseni, foodpanda, NU Sentral, Mitsui Outlet Park, komuniti pelancongan tempatan LOCCO and pengusaha makanan jalanan, TAPAK," katanya.
Menurut Noormah beberapa stesen ERL akan menganjurkan aktiviti menarik seperti Stesen Sentral KL menawarkan pemberian percuma daripada foodpanda dan bertemu dengan pemain cosplay, manakala Stesen KLIA 2 menawarkan jualan murah Gateway@klia2 Giler Sale serta jualan akhir tahun Mitsui Outlet Park.
"Kami harap orang ramai tidak akan melepaskan peluang ini untuk membawa keluarga dan rakan-rakan bersiar-siar di bandar raya dan membantu melonjakkan ekonomi, selain itu tidak perlu risau kerana semua tren dan stesen kami kerap dibersihkan dan menjalani proses disinfeksi, selari dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, Nancy menerusi kenyataan sama berkata sejak pandemik melanda, pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Sangat mengujakan untuk melihat perjalanan riadah domestik bergerak semula selepas kerajaan mula melonggarkan sekatan perjalanan pada Oktober dan ini telah membantu sesetengah pihak dalam industri tersebut.
"Meneruskan usaha ini, kami mengalu-alukan usaha sama daripada sektor swasta untuk membantu kami menghidupkan semula industri berkenaan dan menolong pemain industri bangkit semula dan kami juga sangat gembira dengan inisiatif ERL menganjurkan acara Joyride ini yang menyatukan pelbagai pihak bagi menyokong pemulihan negara," katanya.
Promosi istimewa tersebut hanya boleh didapati dengan pembelian menerusi aplikasi mudah alih KLIA Ekspress bermula 22 Nov.
Informasi lanjut mengenai promosi dan aktiviti berkenaan boleh diperoleh menerusi laman sesawang RM1Joyride.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Rakyat Malaysia berpeluang 'makan angin' menaiki perkhidmatan tren ERL pada Sabtu dan Ahad ini dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL. - Foto fail/BERNAMA
Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ugutan pembunuhan yang diterima oleh Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke
ERL tidak bercadang naikkan kadar tambang semasa menjelang 2029.
ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.
ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit
ERL yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.
25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro
Ini merupakan tahun kesembilan penglibatan ERL dalam memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak 2012.
ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'
Usaha itu bertujuan menggalakkan dan memulihkan keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam.