KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung kenyataannya dalam sebuah wawancara bersama media antarabangsa yang didakwa menghina penganut agama Hindu.
Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan Sayap Bersatu Nasional, S Gobi Krishnan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini kira-kira jam 3 petang pada Rabu.
Menurut Gobi Krishnan, kenyataan Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat yang menyifatkan kejatuhan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) lepas berpunca daripada salah seorang pemimpin parti yang dianggap sebagai 'beban besar' dan disamakan beban itu seperti kavadi diusung masyarakat Hindu semasa perayaan Thaipusam.
"Laporan dibuat terhadap Timbalan Presiden UMNO yang mengeluarkan kata-kata menghina agama dan ritual Hindu dengan menganggap kavadi sebagai satu beban atau 'baggage'.
"Tindakan menghina agama tidak harus dilakukan sebelum terjadi apa-apa tindak balas yang tidak diingini oleh mana-mana pihak," katanya ketika ditemui di hadapan IPD Sentul selepas selesai membuat laporan di sini pada Rabu.
Gobi Krishan berkata, pihaknya telah menuntut permohonan maaf daripada Tok Mat beberapa hari lepas, bagaimanapun tidak mendapat sebarang respon.
Sementara itu, Gobi Krishnan turut membuat laporan terhadap seorang lelaki yang berbahasa Tamil dan dipercayai pemilik kelab komedi kontroversi di ibu negara kerana didakwa telah menghina orang Melayu dan memperlekehkan hak keistimewaan kaum bumiputera dalam persembahannya.
"Tindakan ini melaga-lagakan antara kaum jadi saya harap pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak berulang.
"Kita hidup aman damai dan tidak mahu apa-apa perkara yang menjejaskan hubungan antara kaum," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 13 2022

Gobi Krishnan menunjukkan salinan laporan polis yang dilakukannya di IPD Sentul, Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Mohamad wakili Malaysia dalam mesyuarat CHOGM Ke-27 di Samoa
Menteri Luar akan mewakili Perdana Menteri ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-27 (CHOGM 2024) dari 24 hingga 26 Okt 2024 di Apia, Samoa.

Malaysia tingkatkan kemampuan pertahanan udara dengan GM400 Alpha
Sistem radar Ground Master 400 Alpha ini merupakan peningkatan signifikan terhadap infrastruktur pertahanan Malaysia yang sedia ada.

Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol
Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan melalui modul yang berbeza berbanding sebelum ini.

Cabaran menanti PH-BN pada PRN tidak boleh dipandang ringan - Mohamad
Dinamika politik hari ini menuntut semua pihak bekerja keras untuk mencipta kemenangan.

"Saya boleh kata dua juta masuk UMNO" - Mat Hasan jawab Annuar Musa
Terpulang kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu untuk membuat kenyataan, namun, biarlah munasabah.

'Jika terbukti, anggota TUDM terlibat kes buli pelatih boleh dibuang kerja' - Mohamad
Kementerian Pertahanan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja dalam kes pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa membuli lima pelatih pasukan itu.

Status Khairy Jamaluddin dalam UMNO diketahui petang ini?
Nasib dan kedudukan KJ akan diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO.

PRN: UMNO lantik Menteri Angkat atur strategi di 6 negeri
UMNO akan terus memastikan kesiapsiagaan jentera parti itu berada pada tahap optimum bagi menghadapi Piliha Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi membabitkan enam buah negeri.

PRU15: BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman
Mohamad yakin BN mampu membentuk kerajaan pada PRU15 berdasarkan maklumat terkini kajian sikap pengundi yang berpihak kepada UMNO.

Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Johor antara jentera yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi.