IPOH: Selepas berjaya melebihi sasaran membina 50,000 buah rumah mampu milik menjelang 2025, Perak akan menetapkan sasaran baharu, sesuai dengan keperluan akan datang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini, pasukan petugas khas yang dibentuk sedang mengkaji keperluan tersebut.
Menurutnya, setakat ini, kejayaan membina lebih 53,000 buah rumah mampu milik itu adalah perancangan yang dibuat untuk keperluan sehingga tahun 2025.
“Kita tak boleh berhenti setakat itu sahaja, walaupun kata dah lebih ini.. lebih ni berasaskan kepada unjuran dahulu.
“Buat masa seterusnya, orang semakin bertambah dan saya yakin kalau seperti mana saya katakan tadi, kita akan jadikan negeri ini sebagai negeri perindustrian, ramai penduduk akan bertambah dan mereka memerlukan rumah.
Beliau ditemui selepas majlis pelancaran jualan rumah teres setingkat ‘Carnelian 2’ dan rumah terbuka MK Land di Meru Raya, Ipoh pada Sabtu.
Hadir sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mk Land Holdings Berhad, Datuk Faris Yahaya.
Terdahulu, dalam program berasingan pada Jumaat malam, Saarani berkata, kerajaan negeri Perak akan membangunkan lebih banyak kawasan perindustrian baharu untuk menarik lebih ramai pelabur membuka perusahaan mereka di negeri ini.
Menurutnya, ia sekali gus bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.
Katanya, antara kawasan perindustrian itu ialah di Tanjung Malim, Simpang Pulai, Chemor, Kanthan, Bagai Serai, Parit Buntar dan Manjung.
Sementara itu, Faris berkata, nilai pembangunan kasar bagi tiga projek utama yang dibangunkan MK Land Ipoh telah mencecah hampir RM1 bilion.
Menurutnya, tiga projek itu ialah Meru Perdana, Meru Perdana 2 dan Klebang Putra.
Abd Razak Mohd Ali
Sat May 06 2023
![Berjaya bina lebih 50,000 rumah mampu milik, Perak tetap sasaran baharu Berjaya bina lebih 50,000 rumah mampu milik, Perak tetap sasaran baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683352252_TBSaarani.jpg)
Saarani (dua,kanan) ditemui selepas majlis pelancaran jualan rumah teres setingkat Carnelian 2 dan rumah terbuka MK Land di Meru Raya, Ipoh pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Pulau Pinang perkenal rumah mampu milik 'town house' pertama Pulau Pinang perkenal rumah mampu milik 'town house' pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736153821_FuziAbdulRazak.jpg)
Pulau Pinang perkenal rumah mampu milik 'town house' pertama
Projek ini melibatkan pembinaan 664 unit RMM di atas tanah seluas 10 hektar dengan harga maksimum RM250,000 seunit, dijangka siap pada 2028.
![CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671530732_AdnanMat.jpg)
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
![Pelaksanaan rumah mampu milik di bawah RMK12 capai 89 peratus Pelaksanaan rumah mampu milik di bawah RMK12 capai 89 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731402896_NgaKorMing.jpg)
Pelaksanaan rumah mampu milik di bawah RMK12 capai 89 peratus
Sasaran penyediaan 500,000 RMM di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kini hanya berbaki 56,741 unit rumah.
![170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo 170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731066947_TBVIVORUMAH.jpg)
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
![Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729249870_PPRSungaiBonus.jpg)
Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
![Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727610230_RumahMampuMilikM.jpg)
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.
![Perak komited tangani masalah projek perumahan terbengkalai, sedia lebih banyak rumah mampu milik Perak komited tangani masalah projek perumahan terbengkalai, sedia lebih banyak rumah mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725593666_PerumahanTerancang.jpg)
Perak komited tangani masalah projek perumahan terbengkalai, sedia lebih banyak rumah mampu milik
Kerajaan negeri Perak komited menangani isu projek perumahan terbengkalai melalui Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPSPT).
![Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724070960_melaka.jpg)
Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik
Kerajaan Melaka komited meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) sekali gus mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah dan mampu dimiliki untuk rakyatnya.
![Belanjawan 2025: Belia harap isu rumah mampu milik, kesihatan mental jadi perhatian Belanjawan 2025: Belia harap isu rumah mampu milik, kesihatan mental jadi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722660547_IzzatAbdHamid.jpg)
Belanjawan 2025: Belia harap isu rumah mampu milik, kesihatan mental jadi perhatian
Golongan belia berharap isu perumahan, insentif lain melibatkan kesihatan mental dapat diangkat dalam Belanjawan 2025.
![Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719845859_TBKARNIVALATH.jpg)
Karnival Kebudayaan perkukuh jenama ATH Group sebagai pakar bina rumah atas tanah sendiri
Karnival Kebudayaan ATH Group 2024 #ADOMMENEY dianjur untuk memperkukuh jenama serta mengangkat seni budaya tradisi negeri Kelantan.