ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 September 2024.


Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami

Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di Melaka Tengah, pada Isnin. 



Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 bulan

Jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang dipegang oleh Dr Mohd Khairuddin Othman telah ditamatkan hanya selepas enam bulan dilantik. 


'Saya hanya mahu habiskan masa dengan suami dan anak' - Isteri Da'i Syed 
     
Personaliti TV, Hana Ismail memanjatkan rasa syukur apabila suaminya, iaitu Da'i Syed dilepaskan sementara selepas 21 hari meringkuk dalam penjara Kajang. 


4. Bekas isteri, adik tiri mengaku tidak bersalah bunuh pemandu e-hailing

Mereka yang didakwa mencapai niat bersama untuk membunuh Nurman Bakaratu, 61, membuat pengakuran itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.


5. Bekas pengasuh dipenjara 14 bulan, paksa, suap anak asuhan makan dengan kasar

Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu ke atas Nor A'in Ismail, 24, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan.


6. Jakim, agensi penguat kuasa perlu ambil tindakan serius siasat, banteras aliran menyimpang - PM

Perdana Menteri menegaskan perkara itu perlu dibendung sehingga ke akar umbi.


7. Selepas cemerlang di Terbuka China, Izzudin dianugerah cahaya mata pertama

PEMAIN badminton beregu negara, Nur Izzudin Mohd Rumsani selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Isnin.


8. Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd dipercepatkan.


9. Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy

Pas disaran menumpukan perhatian kepada strategi baharu dan tidak lagi terlalu berharap pada usaha menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN), kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.


10. Polis buru anggota sindiket menyamar guna nama syarikat pelaburan terkemuka

Polis sedang mengesan tujuh lagi individu anggota sindiket penipuan pelaburan yang menyamar menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan terkemuka dunia untuk memperdaya mangsa, mengakibatkan kerugian hampir RM33 juta.