ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.


1. Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard

Che'gu Bard dilarang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung kes kasino di Forest City, Iskandar Puteri, yang dihadapinya.



2. Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia

Perdana Menteri telah meminta agar Malaysia lebih agresif memasarkan produk halal, yang bukan hanya menumpukan kepada produk makanan dan minuman semata-mata tetapi keseluruhan industri halal.


3. Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia

Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo.


4. Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan 

Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, tiga hari lepas.


5. Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat, perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.


6. Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin

tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.


7. Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok (Selasa)

Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.


8. Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi

Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.


9. Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar

Walaupun kritikan terhadap kerajaan adalah dibenarkan di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat had kepada kebebasan media, terutamanya berkaitan perkara sensitif seperti kaum, agama dan raja (3R).


10. Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq

Rangka manusia yang ditemukan di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas dekat sini pada 29 April lepas disahkan milik individu yang dilaporkan hilang hampir sebulan lepas iaitu Muhammad Syafiq Salehin.