ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.


1. [LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga Jumaat depan (24 Mei).



2Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.


3. Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara

Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.


4. Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi

Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.


5. Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.


6. Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.


7. Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan

Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.


8. Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor di sini.


9. Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN

Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.


10. Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI

Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai ‘best practice’ bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.