ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Julai 2023.

1. Veteran UMNO Datuk Seri Abdul Ghapur meninggal dunia

Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia pada 12.07 tengah malam tadi pada usia 80 tahun.


2. UMNO Melaka bantu PRN Negeri Sembilan

UMNO Melaka bersedia memberikan bantuan jentera pilihan raya kepada Negeri Sembilan dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.


3. Dakwaan rasuah KLIA: SPRM ambil keterangan Menteri MOTAC, dua warga China

SPRM juga telah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan “menyelesaikan” kes.


4. Agong kurnia gelaran Datuk kepada pelakon Fauziah Nawi

Fauziah mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara.


5. Kewujudan 'kacang hantu' dalam JIM dan JPN perlu dibanteras - TPM Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah tidak adil untuk membuat tuduhan secara rambang atau mengaitkan seluruh jabatan melakukan amalan rasuah.


6. Kes kekecohan di KLIA, 22 saksi diambil keterangan

Seramai 22 orang saksi dirakam keterangan berkaitan satu insiden kekecohan di KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, baru-baru ini.


7. Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal

Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) hari ini.


8. Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Mayat ke-8 ditemui

Mayat remaja perempuan itu dijumpai di sektor A tidak jauh dari mayat kedua yang ditemui pada Ahad.


9. Permohonan Rosmah tangguh prosiding rayuan kes solar didengar Jumaat ini

Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguh prosiding rayuan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, akan didengar Jumaat ini.


10. PRN Kedah: Kedudukan dalam parti bukan kriteria utama jadi calon BN - Mahdzir

Kedudukan dalam parti bukan kriteria utama untuk seseorang itu dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah akan datang.