ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 November 2022.
1. Tiada klausa presiden boleh digugurkan - Penganalisis politik
Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pemecatan presiden hanya boleh dibuat melalui dua cara iaitu mesyuarat agung luar biasa (EGM) atau meletakkan jawatan.
2. Pasca PRU15: Jumlah penglibatan wanita dalam Parlimen penting
Menurut Penganalisis Politik UUM, Prof Madya Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, ia bakal membawa lonjakan dalam perubahan polisi.
3. 10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.
4. Pasca PRU15: Kata sepakat sudah dicapai BN - Jalaluddin Alias
Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang baharu sahaja keluar dari mesyuarat tersebut, kesemua 30 ahli parlimen BN menzahirkan semangat solidariti mereka.
5. Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya pada Selasa memberitahu, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
6. Pasca PRU15: Zahid tiada lagi keabsahan moral - Khairy
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi mempunyai keabsahan moral sebagai presiden UMNO dan tidak layak membuat keputusan bagi pihak parti itu berkenaan pembentukan kerajaan, kata Khairy Jamaluddin.
7. Warisan sokong PH, BN untuk bentuk kerajaan baharu - Mohd Shafie
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata PH dan BN sepatutnya diberi peluang pertama untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu.
8. Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan caretaker akan bersidang seperti biasa untuk membentangkan mini Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2023, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
9. Pasca PRU15: 30 Ahli Parlimen BN menghadap Agong secara individu esok
Kesemua 30 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara individu pada jam 10.30 esok (Rabu).
10. Pasca PRU15: 'Tiada keputusan siapa Perdana Menteri buat masa ini' - Anwar
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini masih belum ada keputusan berhubung calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu.
Astro Awani
Tue Nov 22 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 November 2022.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.