ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Oktober 2022.
1. Kerajaan setuju struktur semula syarikat konsesi, kurangkan kadar tol di 6 lebuh raya
Kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian Prolintas dan Kumpulan IJM Corporation Bhd dan mengurangkan kadar tol di enam lebuh raya bermula tengah malam ini dan 1 Januari 2023.
2. PRU15: Tiada isu dakwaan bebaskan 'kluster mahkamah' - PM
Dakwaan pembubaran Parlimen dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilakukan demi membebaskan pihak tertentu daripada pertuduhan mahkamah adalah tidak benar sama sekali.
3. UMNO yang mahu PRU awal - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sepatutnya menyalahkan tindakan 12 menteri Kabinet yang mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang dikatakan mencetuskan keputusan membubarkan Parlimen.
4. Agong berkenan rasmi pembukaan Stesen Janakuasa Battersea
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Battersea di Central London, menjelang pelancarannya kepada umum Jumaat ini.
5. PRU15: Bersatu sedia bekerjasama dengan Pejuang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia mempertimbangkan mengenai kerjasama politik dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menentang UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
6. Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak lelaki 4 tahun
Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal bulan ini.
7. PRU15: Pas pilih PN, tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah
Selepas lama berteka-teki mengenai hubungan dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Khamis, akhirnya memutuskan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
8. Kerajaan nyahklafikasi laporan Pasukan Petugas Khas buku Tommy Thomas - PM
Kerajaan bersetuju untuk menyahklafikasikan dan mendedahkan laporan yang dikemukakan pasukan petugas khas buku "My Story: Justice In The Wilderness" kepada umum.
9. Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
10. "Selagi hidup, saya akan terus berjuang." - Tun Dr Mahathir
Meskipun dikritik banyak pihak kerana masih mahu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) ketika berusia 97 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap bertegas dengan pendirian itu.
Astro Awani
Thu Oct 13 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Oktober 2022.
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Mei 2023.