ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Disember 2023.


1. Hubungan ASEAN-Jepun diperkukuh - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri makan malam bersama delegasi dan rakan pemimpin ASEAN lain di Tokyo, pada Ahad.



2. Perancis gesa gencatan senjata 'segera dan lebih lama' di Gaza

Perancis menggesa "gencatan senjata segera dan lebih lama" dilaksanakan dalam perang antara Israel-Hamas, dengan menegaskan, negara itu amat prihatin dengan keadaan yang berlaku di Gaza.


3. Tentera Israel dakwa jumpa terowong Hamas terbesar di Gaza

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa telah menemukan "terowong Hamas terbesar" di Gaza, sepanjang empat kilometer (km), lapor portal berita antarabangsa, CNN.


4. 92 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt

Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut pejabat media kerajaan di Palestin pada Ahad.


5. Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Gaza selepas empat hari

Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.


6. SUV pengiring Presiden AS dirempuh kereta di Delaware

Sebuah kereta merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merupakan sebahagian daripada konvoi pengiring Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad malam.


7. Iraq adakan pilihan raya wilayah selepas sedekad

Iraq pada Isnin mengadakan pilihan raya wilayah di 15 daripada 18 wilayah di negara itu selepas terhenti selama 10 tahun disebabkan perbezaan politik.


8. Guinea: Letupan gudang bahan api akibatkan 100 cedera, beberapa lagi maut

Sekurang-kurangnya 100 orang cedera manakala beberapa lagi terbunuh dalam letupan di sebuah depoh bahan api di Conakry, ibu negara Guinea, lapor media tempatan pada Isnin, lapor Sputnik.


9. Mongolia tawar kelas dalam talian kerana cuaca buruk, jangkitan selesema

Mongolia akan menggantikan kelas secara bersemuka untuk semua sekolah pendidikan am kepada kelas dalam talian, kata Kementerian Pendidikan dan Sains pada Isnin.


10. Mexico: 16 maut dalam serangan kumpulan bersenjata

Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dalam serangan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali di negeri Guanajuato di tengah Mexico, lapor Sptunik memetik kenyataan pejabat pendakwa pada Ahad.