SHAH ALAM: Cadangan penubuhan badan pengawasan bebas untuk mengaudit pegawai kerajaan khususnya ahli politik perlu diberi kuasa administratif dari segi penyiasatan atau melaporkan salah guna kuasa sepanjang tempoh pentadbiran.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, saranan itu penting bagi memastikan setiap setiap ahli politik tidak melanggar kod etika dalam mentadbir urus organisasi atau pertubuhan.
Menurutnya, walaupun cadangan tersebut belum jelas pelaksanaannya, namun ia berupaya membantu mengekang kes berkaitan rasuah atau salah guna kuasa dalam tadbir urus negara.
“Saya menyokong sekiranya badan bebas ini bukan sekadar menjadi pemantau, tetapi mereka perlu diberi kuasa menjalankan tindakan administratif supaya ahli politik yang melanggar etika tidak dibenarkan meneruskan kerja atau keahlian dalam parti.
“Pada pandangan saya, cadangan ini penting bagi memastikan integriti negara terus terpelihara kerana ia melibatkan kepentingan awam dan reputasi parti politik,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Pada Sabtu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan sebuah badan pengawasan bebas ditubuhkan dan diberi kuasa untuk melaksanakan audit serta semakan berkala terhadap tingkah laku pegawai awam khususnya ahli politik.
Ismail Sabri berkata, ini bagi memastikan mereka mematuhi standard yang telah dipersetujui dan diterima umum.
Mengulas lanjut, menurut Hishamuddin, jika penubuhan badan pengawasan bebas tidak berupaya mengekang masalah integriti, dikhuatiri perkara tersebut akan memberi kesan terhadap negara.
Tambah beliau, antara tindakan yang boleh dilakukan adalah menyenarai hitam ahli politik yang tidak mematuhi undang-undang, melarang mereka daripada menyertai mana-mana parti termasuk menerajui pertubuhan sama ada milik kerajaan atau swasta.
“Mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti tidak boleh lagi menceburi bidang politik untuk memupuk kembali kepercayaan rakyat,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 15 2023
HISHAMUDDIN: Pada pandangan saya, cadangan ini penting bagi memastikan integriti negara terus terpelihara kerana ia melibatkan kepentingan awam dan reputasi parti politik. - Gambar fail
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Beri kuasa administratif lapor salah guna kuasa ahli politik - MHO
Hishamuddin berkata, saranan itu penting bagi memastikan setiap setiap ahli politik tidak melanggar kod etika dalam mentadbir urus.
APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim
Suruhanjaya itu akan berperanan sebagai badan pengawasan bebas untuk mengawal selia hal ehwal berkenaan perubahan iklim.