KUALA LUMPUR: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) - Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) mencadangkan agar satu Suruhanjaya Perubahan Iklim ditubuhkan di negara ini.
Pengerusinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) berkata suruhanjaya itu akan berperanan sebagai badan pengawasan bebas untuk mengawal selia hal ehwal berkenaan perubahan iklim termasuk adaptasi dan pengurusan risiko bencana.
Beliau berkata APPGM-SDG juga menyarankan supaya dilakukan kajian semula perancangan guna tanah negara termasuk Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan serta proses penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Malaysia.
"Hasil penyelidikan pasukan APPGM-SDG pada 2020 dan 2021 mendapati terdapat kawasan-kawasan di Malaysia termasuk kawasan Parlimen Batang Lupar yang merekodkan banjir akibat pembangunan dan aktiviti tukar guna tanah tidak dirancang dengan betul tanpa penilaian risiko mencukupi," katanya ketika meminta penjelasan dan memberikan pandangan pada Mesyuarat Khas berkenaan bencana banjir di Dewan Rakyat semalam.
Menurut Rohani, kesan banjir menjadi lebih buruk pada masa depan dengan peningkatan penduduk, kadar urbanisasi dan pembangunan ekonomi di kawasan terdedah banjir, ditambah dengan peningkatan kekerapan dan intensiti cuaca ekstrim akibat perubahan iklim.
Selain itu, pihaknya juga mencadangkan supaya dilaksanakan transformasi di kawasan perbandaran ke arah pengurusan air lebih holistik dan inovatif, mengkaji semula dan menghentikan pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar dan melaksana pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
![APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639127742_RohaniAbdulKarim.jpg)
Rohani berkata, kesan banjir menjadi lebih buruk pada masa depan dengan peningkatan penduduk, kadar urbanisasi dan pembangunan ekonomi di kawasan terdedah banjir. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Malaysia catat peratus perancang keluarga tidak dipenuhi agak tinggi Malaysia catat peratus perancang keluarga tidak dipenuhi agak tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727336956_TBRohani.jpg)
Malaysia catat peratus perancang keluarga tidak dipenuhi agak tinggi
Malaysia mencatatkan jumlah keperluan perancang keluarga tidak dipenuhi yang agak tinggi iaitu sekitar 26.7 peratus pada 2022.
![Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/41517905469_Rohani.jpg)
Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani
Meletakkan golongan tersebut dalam kategori wanita bekerja dapat melonjakkan kedudukan negara dalam indeks global berkaitan kesaksamaan gender.
![PRU15: Shafizan gementar isi 'kasut besar' Rohani PRU15: Shafizan gementar isi 'kasut besar' Rohani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668329170_SHAFIZANGPS.jpg)
PRU15: Shafizan gementar isi 'kasut besar' Rohani
Mohd Shafizan Kepli tidak menyangka bahawa satu panggilan ke telefon bimbitnya pada 30 Oktober lalu telah mengubah hidupnya.
![APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639127742_RohaniAbdulKarim.jpg)
APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim
Suruhanjaya itu akan berperanan sebagai badan pengawasan bebas untuk mengawal selia hal ehwal berkenaan perubahan iklim.
![Kerajaan digesa segerakan pembentangan RUU gangguan seksual Kerajaan digesa segerakan pembentangan RUU gangguan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622192303_WomenSilhoutte.jpg)
Kerajaan digesa segerakan pembentangan RUU gangguan seksual
Beberapa Ahli Parlimen menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang mengenai gangguan seksual di Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi melindungi golongan wanita di negara ini.
![Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021: Penghormatan buat tiga Anak Sarawak Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021: Penghormatan buat tiga Anak Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612937751_ProfDatuDrAndrew.jpg)
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021: Penghormatan buat tiga Anak Sarawak
Pelantikan tiga Anak Sarawak dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 sebagai satu penghormatan buat Sarawak dan juga satu tanggungjawab besar untuk negara.
![Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/81450328115_TunArifinZakaria.jpg)
Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
![Tiada lagi kes mahkamah antara Petronas dan kerajaan Sarawak - Timbalan Menteri Tiada lagi kes mahkamah antara Petronas dan kerajaan Sarawak - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61596635920_FBREAKinsertname.jpg)
Tiada lagi kes mahkamah antara Petronas dan kerajaan Sarawak - Timbalan Menteri
Petronas dan kerajaan negeri Sarawak sepakat menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung kutipan cukai jualan negeri (SST) bagi produk petroleum.
![Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590137359_KPkespenipuan.jpg)
Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos
Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.
![GPS beri sokongan penuh kepada kerajaan pusat GPS beri sokongan penuh kepada kerajaan pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71522733450_ROHANIABDULKARIM.jpg)
GPS beri sokongan penuh kepada kerajaan pusat
Rohani Abdul berkata parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Perdana Menteri.