Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan pusat dalam memastikan negara terus stabil berdepan dengan pelbagai cabaran ketika ini.
Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) semasa menyatakan perkara itu berkata parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami merasakan bahawa kami boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam membangunkan Sarawak," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Rohani berkata kerajaan pusat dan kerajaan Sarawak perlu terus berkongsi dan merangka strategi bersama untuk pertumbuhan ekonomi kedua-duanya dan dapat menyumbang di antara satu sama lain, memandangkan Sarawak mempunyai sumber asli yang banyak dan potensi biodiversiti yang luas.
"Agenda Sarawak First akan terus menjadi keutamaan kerajaan GPS demi kepentingan negeri dan rakyatnya," katanya.
Sarawak, yang ketika ini menyumbang lebih kurang 10 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dijangka memberi sumbangan berimpak tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi negara, kata Rohani.
Menyentuh isu pelancongan, Rohani mencadangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memanjangkan skop diskaun pengangkutan awam dan tiket masuk ke tempat pelancongan yang diberikan kepada golongan tertentu seperti warga emas ketika ini, untuk turut meliputi bilik hotel dan pakej pelancongan.
Beliau berkata ia bagi membantu menyemarakkan pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Produk pelancongan bukan hanya terhad kepada tempat menarik, alam sekitar semulajadi, inap desa, tapi juga produk-produk tempatan terutamanya produk yang unik bagi sesuatu tempat atau negeri, sama ada makanan, kraf tangan dan bahan mentah turut perlu dipromosi," katanya.
Selaras dengan itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan cuti tambahan sehari pada setiap hari Jumaat atau Ahad mengikut cuti hujung minggu negeri-negeri berkenaan bagi memberi ruang kepada rakyat tempatan bercuti di dalam negara.
Katanya ia membolehkan rakyat menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga dengan melancong lebih lama iaitu tiga hari dua malam dan mengurangkan kesesakan di tempat tumpuan pelancong.
"Tambahan satu malam ini juga boleh beri ruang untuk menikmati percutian ke destinasi-destinasi lebih jauh seperti ke Sabah dan Sarawak," katanya.
Bernama
Wed Jul 15 2020
![GPS beri sokongan penuh kepada kerajaan pusat GPS beri sokongan penuh kepada kerajaan pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71522733450_ROHANIABDULKARIM.jpg)
Rohani berkata parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Perdana Menteri. - Foto BERNAMA
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739020959_950x600.jpg)
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738684412_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
![ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana... ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738638763_ASEAN.jpg)
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
![Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737576189_AbangJohari.jpg)
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
![GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626698206_Mother.jpg)
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
![ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737883161_TBOrangramai.jpg)
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
![China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731082054_onlineshopping.jpg)
China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut
Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar.
![Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737818428_EUFlag.jpg)
Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi
Suruhanjaya itu akan melancarkan langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bagi menangani isu birokrasi.
![Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737539152_TBCPOC.jpg)
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.