Menteri Besar Johor yang baharu Dr Sahruddin Jamal menyeru rakyat bersamanya berganding bahu untuk memajukan lagi negeri.
Beliau berkata kemajuan yang dicapai itu dapat memastikan rakyat secara keseluruhannya menikmati kehidupan lebih selesa.
"Terima kasih kerana daripada awal bersama saya, saya diamanahkan sebuah tugas lebih besar untuk kita semua dan saya akan laksana dengan sebaiknya," katanya dalam ucapan ringkas setelah bertemu penduduk kampung halamannya di Kampung Batu 28, Lenga di sini hari ini.
BACA: MB Johor baharu sedia ubah exco seperti dititahkan Sultan
Selain penduduk kampung, Dr Sahruddin turut meluangkan masa melawat ibunya Isniah Kasmongin, 72, serta anggota keluarganya di kampung itu.
Dr Sahruddin, 43, menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada pukul 9.30 pagi tadi.
Beliau dilantik Menteri Besar Johor ke-17 susulan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian, 8 April lepas.
BACA: Sultan Johor mahu MB baharu pentingkan Johor berbanding diri atau politik
Sementara itu, Isniah berkata meskipun terdapat banyak desas-desus berhubung perlantikan Dr Sahruddin sebagai Menteri Besar, namun Isniah serta sembilan lagi anaknya tidak menyangka anak kelapannya itu dipilih sebagai Menteri Besar Johor.
Isniah berkata sebagai seorang ibu beliau bangga atas pencapaian anaknya itu yang berjaya memenuhi cita-cita suaminya Allahyarham Jamal Kasran untuk melihat anaknya berjaya menjadi seorang pemimpin.
"Dia (Dr Sahruddin) sendiri telefon makcik semalam maklumkan dia terpilih jadi Menteri Besar Johor. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan seorang ibu bila anaknya dilantik jadi pemimpin. Anak-anak yang lain dengar pun terharu, semua menangis gembira.
"Bila dah dilantik ni, makcik gembira dan bersyukur. Apa yang diharapkan, Isah (nama panggilan Dr Sahruddin) mampu jadi pemimpin yang baik, bertanggungjawab dan amanah mentadbir negeri," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini. -- Bernama
Bernama
Sun Apr 14 2019
![Berganding bahu dan majukan Johor - Dr Sahruddin Berganding bahu dan majukan Johor - Dr Sahruddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555238330_DRSAHRUDDINJAMAL.jpg)
Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene hari ini. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM' - MB Johor 'Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM' - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719649371_TBOnnHafizGhazi.jpg)
'Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM' - MB Johor
Onn Hafiz berkata, ia satu cubaan menjatuhkan institusi raja dan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.
![KPISM sanjung keprihatinan MB Johor KPISM sanjung keprihatinan MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711439662_KPISM.jpg)
KPISM sanjung keprihatinan MB Johor
KPISM sentiasa berhubung rapat dengan pegawai yang bertugas di pintu masuk utama negara terutamanya BSI yang juga merupakan antara pintu masuk tersibuk di dunia.
![Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700721076_pejabatMBJohor.jpg)
Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengesahkan perkara itu dan ia akan diumumkan pada minggu depan.
![RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707280076_TBOnnHafizGhazi.jpg)
RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz
Johor memperuntukkan RM5 juta bagi program Jualan Kasih Johor (KASIH) di 300 lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
![Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700721076_pejabatMBJohor.jpg)
Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta
Kerajaan negeri hari membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.
![2,626 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta - MB 2,626 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685182706_TBOnnHafizGhazi.jpg)
2,626 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta - MB
2,626 kes penipuan direkodkan di Johor, dengan kerugian berjumlah RM166.3 juta dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari lepas.
![Belanjawan 2024: Insentif untuk Johor jadi tunjang utama pembangunan negeri - MB Belanjawan 2024: Insentif untuk Johor jadi tunjang utama pembangunan negeri - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694665451_OnnHafizGhazi.jpg)
Belanjawan 2024: Insentif untuk Johor jadi tunjang utama pembangunan negeri - MB
Onn Hafiz menyifatkan insentif diberikan kepada Johor menerusi Belanjawan 2024 akan terus menjadi tunjang utama dalam pembangunan negeri Johor.
![Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692938024_MBJohor.jpg)
Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo
Peruntukan tambahan RM2 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.
![Johor nyatakan kesediaan jadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla Johor nyatakan kesediaan jadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689222477_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor nyatakan kesediaan jadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla
Kerajaan negeri telah menyatakan kesediaan dan potensi Johor untuk menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla.
![Pembangunan Mersing perlu kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB Pembangunan Mersing perlu kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687624796_OnnHafizGhazi.jpg)
Pembangunan Mersing perlu kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB
Pembangunan daerah Mersing memerlukan kerjasama dan gabungan usaha antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.