KLUANG: Keluarga Alizan Mohd Amin yang menetap di Kampung Muhibbah, Paloh dekat sini berdepan 'ujian berganda' apabila rumah mereka dilanda banjir selepas kehilangan tonggak keluarga itu dalam tempoh tidak sampai dua minggu.
Alizan, 36, berkata ibunya Jamilah Mo'min, 78, baharu sahaja kehilangan suami tercinta Mohd Amin Ejap, 68, seminggu lepas akibat penyakit radang paru-paru.
"Saya dan keluarga terima ketentuan Allah dengan ujian banjir pada tahun baharu dan kehilangan ayah Disember lepas dengan hati yang terbuka," katanya kepada Bernama di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Muhibbah pada Isnin.
Keutamaan Alizan ketika ini adalah untuk memastikan ibunya yang semakin uzur berada di tempat selamat.
"Saya dan abang mungkin masih kuat untuk terima ujian kehilangan dan banjir ini tetapi bagi emak, mungkin dia lebih terasa memandangkan semua berlaku dalam masa yang terdekat.
"Jujurnya, saya tidak sangka akan berlaku banjir memandangkan sudah lama tidak berdepan banjir yang pernah menjejaskan kami di sini lebih 10 tahun lalu," katanya.
Beliau berkata kedudukan rumahnya yang berhampiran dengan kawasan parit telah menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada bencana banjir.
"Memang hujan lebat sejak malam Sabtu bersambung ke pagi semalam selama satu hari dan air mula naik ke kawasan rumah pada kira-kira 4 petang semalam.
"Dalam tempoh setengah jam, air banjir yang melanda rumah sudah mencecah paras lutut.
"Apabila hujan tidak berhenti dalam tempoh lebih tiga jam, saya sudah mula simpan barang sedikit demi sedikit di tempat tinggi," katanya.
Seorang lagi mangsa, Nur Zalina Kassim, 27, berkata beliau hanya menyedari berlaku banjir apabila paras air di luar kawasan rumah mencapai paras lutut.
"Sukar nak gambarkan perasaan ketika itu sebab kami tidak sangka akan banjir.
"Air naik sehingga paras lutut di kawasan luar rumah dan mula memasuki dalam rumah membuatkan kami kelam kabut untuk segera keluar dari rumah ke tempat lebih selamat," katanya.
Wanita itu cuma sempat membawa keluar baju dan keperluan dua anaknya ke PPS malah ada dokumen penting seperti kad pengenalan adiknya dan lain-lain terjatuh dan hilang dalam kekalutan untuk menyelamatkan diri.
Beliau hanya mampu berdoa agar cuaca semakin baik supaya mereka dapat segera pulang.
Meskipun diuji dengan musibah, beliau sekeluarga tetap bersyukur keadaan banjir masih terkawal dan tidak seteruk seperti di beberapa kawasan lain sehingga mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan harta benda yang dahsyat.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Muhibbah pagi tadi mendapati cuaca mulai cerah diselangi dengan gerimis, menyaksikan ada segelintir penduduk pulang ke rumah masing-masing untuk meninjau keadaan rumah mereka yang semuanya dipenuhi lumpur susulan banjir.
Bagaimanapun, menjelang 2 petang tadi, berlaku hujan renyai yang berterusan hingga 3.45 petang.
Setakat 4 petang tadi, seramai 71 orang daripada 23 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Daerah Kluang.-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Kedudukan rumahnya yang berhampiran dengan kawasan parit telah menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada bencana banjir. - Bernama
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.