JOHOR BAHRU: Cadangan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani di pasaran didakwa bakal memberi kesan terhadap kos hidup rakyat.
Yang di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, Noorman Kamsani berkata, ini kerana beras Madani itu cuma lebih kepada penjenamaan semula dengan harga baharu yang lebih mahal daripada harga beras tempatan.
"Jika sebelum ini harga beras super tempatan RM26 dengan kadar kandungan beras hancur sekitar lima hingga tujuh peratus bagi pek 10 kilogram, kualiti beras Madani dengan harga RM30 pula sepatutnya mempunyai kandungan beras hancur lebih kurang daripada itu bagi menjamin kualiti makanan ruji rakyat ini.
"Kenaikan harga beras memberi impak besar terhadap kos sara hidup rakyat. Pertama sekali, apabila harga beras meningkat, pengguna terpaksa memperuntukkan lebih banyak wang membeli beras yang boleh mengurangkan kuasa beli mereka untuk barangan dan perkhidmatan lain.
"Selain itu, kenaikan harga beras juga boleh memberi kesan domino ke atas kos sara hidup keseluruhan. Sebagai contoh kerana beras merupakan bahan mentah yang penting dalam pengeluaran makanan dan minuman, kenaikan harga beras boleh menyebabkan kenaikan harga produk makanan berkaitan seperti roti, mi atau makanan proses lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Grand Food Fest di pekarangan tempat meletak kereta pusat beli-belah Aeon Mall Bandar Dato' Onn di sini pada Ahad malam.
Turut hadir Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puan Wee Tse; Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Dr Kevy KV Yeo; Setiausaha Agung MTPN, Masrudi Abdul Rahman dan Exco Belia dan Sukan MTPN, Mohd Ariff Omar.
Noorman berkata, kenaikan harga produk makanan itu tidak dapat dielakkan kerana pengeluar menanggung kos lebih tinggi untuk membeli bahan mentah beras.
Selain itu ujar beliau, kenaikan harga beras juga boleh menjejaskan sektor lain yang berkaitan dengan pertanian seperti harga makanan haiwan.
"Jika petani terpaksa membayar lebih untuk beras sebagai makanan haiwan, mereka mungkin menaikkan harga produk ternakan mereka seperti daging, susu atau telur, yang kemudiannya akan memberi kesan kepada harga pasaran.
"Oleh itu, kenaikan harga beras boleh memberi tekanan besar kepada kos sara hidup rakyat secara amnya. Oleh itu, adalah penting bagi kerajaan dan institusi berkaitan mengambil langkah sewajarnya untuk mengurus dan mengurangkan kesan kenaikan harga beras agar kos sara hidup dapat dikekalkan dalam had yang mampu dihadapi oleh masyarakat," tambahnya.
Noorman berkata, langkah-langkah seperti subsidi makanan, peraturan pasaran, atau kepelbagaian sumber makanan boleh menjadi strategi berkesan dalam menghadapi cabaran tersebut.
"Harap kerajaan tidak apungkan harga beras pula seperti mana harga ayam.
"Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menangani harga beras bergantung kepada situasi dan keadaan tertentu negara," katanya.
Langkah pertama katanya, kerajaan boleh memberi subsidi kepada petani untuk menggalakkan pengeluaran beras atau subsidi kepada pengguna bagi mengurangkan kesan kenaikan harga.
Kata Noorman, langkah kedua jika bekalan beras domestik terhad, kerajaan boleh mengimport beras untuk memenuhi keperluan tempatan dan memastikan harga stabil.
"Ketiga kerajaan boleh campur tangan secara langsung dalam pasaran beras dengan menetapkan harga maksimum atau minimum, mengawal stok atau mengawal selia pengedaran untuk mengurangkan turun naik harga," katanya.
Bagi langkah keempat katanya, pelaburan dalam pembangunan infrastruktur pertanian seperti pengairan, sistem penyimpanan dan pengangkutan boleh membantu meningkatkan produktiviti dan kestabilan bekalan beras.
"Kelima pendidikan dan latihan akan memberi sokongan kepada petani dari segi teknik pertanian yang lebih cekap serta mampan.
"Keenam adalah mempelbagaikan sumber makanan dengan menggalakkan kepelbagaian penggunaan makanan rakyat," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 19 2024

Cadangan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani di pasaran didakwa bakal memberi kesan terhadap kos hidup rakyat. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Syed Abu Hussin tangguh sidang media Beras Madani
Syed Abu Hussin memutuskan untuk menangguhkan sidang media mengenai Beras Putih Malaysia Madani yang dijadualkan pada Sabtu.

Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.

Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.

Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia Madani
Beras itu akan dijual pada harga RM30 sekampit, berkuatkuasa 19 Februari ini dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac.