SHAH ALAM: Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal memutuskan untuk menangguhkan sidang media mengenai Beras Putih Malaysia Madani yang dijadualkan pada Sabtu.
Syed Abu Hussin berkata, beliau masih belum menentukan tarikh baharu untuk penjelasan mengenai beras berkenaan.
“Saya tangguh dahulu penjelasan mengenai Beras Putih Malaysia Madani.
“Kita tunda ke suatu tarikh yang masih belum ditetapkan lagi,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan mengadakan taklimat media untuk memberi penjelasan mengenai isu beras putih Malaysia Madani.
Pada 14 Januari lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.
Katanya, pelaksanaan tersebut berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac.
Ditanya mengenai mesyuarat NACCOL yang dikatakan bakal dijadualkan pada esok, beliau berkata, masih belum ada apa-apa maklumkan mengenai mesyuarat itu.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memutuskan tarikh pelaksanaan mesyuarat NACCOL.
“Jadi saya tidak tahu mengenai mesyuarat berkenaan kerana bukan saya yang tentukan perbincangan tersebut,” ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 17 2024

Syed Abu Hussin berkata, beliau masih belum menentukan tarikh baharu untuk penjelasan mengenai beras berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Syed Abu Hussin tangguh sidang media Beras Madani
Syed Abu Hussin memutuskan untuk menangguhkan sidang media mengenai Beras Putih Malaysia Madani yang dijadualkan pada Sabtu.

Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.

Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.

Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia Madani
Beras itu akan dijual pada harga RM30 sekampit, berkuatkuasa 19 Februari ini dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac.