Semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diarah mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan di atas pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim,

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid dipetik sebagai berkata kibaran bendera bomba separuh tiang itu dilaksanakan selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Buat keluarga Muhammad Adib, ucapan takziah daripada seluruh warga JBPM. Semoga anggota keluarga Muhammad Adib diberi kekuatan dalam menempuh ketentuan Ilahi.

“Bersama-samalah kita berdoa supaya roh Muhammad Adib ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Muhammad Adib parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN).



BACA : Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis

BACA : Akhirnya, Adib pulang jua ke kampung halaman

BACA : 'Adib telah diberi rawatan terbaik' - Dr Lee Boon Chye


Jenazah Muhammad Adib selamat disemadikan di kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah tengah hari Selasa.




..