Sekiranya anda memiliki telefon pintar atau peranti yang sama, anda mungkin menggunakan 5G.
5G, atau generasi kelima adalah teknologi sambungan tanpa wayar terkini telefon pintar yang pertama kali digunakan secara meluas pada tahun 2019. Teknologi 5G ini menyediakan sambungan tanpa wayar berkelajuan tinggi serta meningkatkan kemampuan 4G.
Selain daripada kelajuan sambungan yang lebih tinggi, ia juga membuka penggunaan baharu dalam Internet Benda ( IoT) kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah. Ia juga meningkatkan pencapaian serta menawarkan pelbagai aplikasi baharu yang meluas, termasuk memperkukuhkan e-Kesihatan, seperti teleperubatan, pengawasan jarak jauh dan telesurgeri.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan pada 10 Januari lepas, perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Disember 2023.
Bagaimanapun, kemunculan 5G yang menggunakan gelombang udara radio berfrekuensi tinggi mencetuskan kembali kebimbangan risiko radiasi telefon bimbit yang pernah menular sebelum ini.
Sememangnya boleh menjadi cemas jika memikirkan apa yang disalurkan menerusi udara yang kita tidak dapat melihat, terutamanya jika terdapat kebimbangan bahawa 5G mungkin memberi kesan kepada kesejahteraan manusia.
"Sekiranya anda bimbang tentang radiasi elektromagnet yang dikaitkan dengan kanser atau masalah kesihatan lain, apa yang perlu anda lakukan ialah cari semua maklumat untuk anda faham bagaimana 5G berfungsi.
"Hakikatnya, setakat ini, tidak ada sebarang bukti kukuh atau dapatan muktamad yang membuktikan 5G boleh membahayakan kesihatan manusia," kata Prof Emeritus Dr Tharek Abd Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Elektrikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sewaktu majlis taklimat media di My5G Portal Digital Nasional Bhd (DNB) baru-baru ini.
MANFAAT 5G
Ketika ini, DNB meneruskan pelancaran rangkaian 5G, setelah mencapai sasaran 80 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) pada penghujung tahun 2023, di samping memastikan rangkaian dari segi pencapaian dan perjanjian tahap perkhidmatan, seperti terkandung di dalam perjanjian akses, serta memberi khidmat kepada semua pelanggannya.
Tharek, yang juga Penasihat Akademi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, 5G menggunakan gelombang elektromagnet dengan frekuensi lebih tinggi berbanding jaringan tanpa wayar sebelumnya, menjadikan ia lebih laju dan cekap.
"Penggunaan frekuensi radio 5G adalah lebih tinggi berbanding lelaran komunikasi tanpa wayar sebelum ini, termasuk 4G dan 3G. Berbanding 4G yang menyediakan kelajuan pantas 1 Gigabit sesaat (Gbps), 5G adalah 10 kali lebih pantas yang menyediakan kelajuan 10 hingga 20 Gbps.
"Untuk 5G, kelajuan yang lebih pantas bermakna penyambungan yang lebih berkualiti. Jalur lebar mudah alih 5G dijangka mampu menyokong sehingga sejuta peranti bagi keluasan satu kilometer persegi, berbanding 4G yang hanya menyokong 10,000 peranti bagi keluasan yang sama.
"Peningkatan ini sudah tentu memberi manfaat besar kepada loji perindustrian dengan ribuan peranti, menghantar serta menerima maklumat dalam masa nyata," katanya.
Dalam ceramahnya bertajuk '5G Towers, Are They a Health Risk' (Menara 5G: Adakah Ia Pencetus Risiko Kesihatan) berkata, di samping itu, ia membolehkan bandar pintar, kereta autonomi dan kompleks komersial berteknologi tinggi beroperasi dengan lancar menerusi IoT.
Menurut beliau, dengan jalur lebar yang dipertingkatkan, ini bermakna 5G akan membawa lebih banyak data dan memindahkannya dengan lebih cepat, berbanding 4G.
"Semua data trafik yang dihantar menerusi rangkaian radio 5G adalah disulitkan, begitu juga identiti dan lokasi pengguna, yang bermakna integritinya dilindungi dan tertakluk kepada pengesahan bersama.
"Daripada peranti kediaman kepada fasiliti pembinaan, perlombongan dan pengilangan dengan ribuan jentera berteknologi tinggi, 5G bersiap sedia menyediakan asas untuk semua yang berkaitan.
"Keadaan sama bagi para doktor yang kini mampu mengadakan rundingan dan sesi pra-diagnosis dengan pesakit menerusi panggilan video tanpa memerlukan mereka hadir secara fizikal," katanya.
ANCAMAN KESIHATAN?
Bagaimanapun, menurut Tharek, ada yang berpandangan 5G membawa kesan negatif ke atas kehidupan mereka, terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan.
Beliau menjelaskan, dalam spektrum elektromagnet, peranti harian seperti radio, ketuhar mikro, telefon bimbit, alat kawalan jauh dan instrumen ultrasound, mengeluarkan radiasi 'non-ionising' yang tidak memberi sebarang ancaman kepada kesihatan manusia.
"Medan Elektromagnet Frekuensiradio (RF-EMF) dikategorikan di bawah radiasi non-ionising, yang bermakna gelombang elektromagnet tidak membawa kuantum yang mencukupi yang boleh memecah talian antara molekul dan atom ionise, berbanding radiasi ionising.
"Dalam konteks ini, pendedahan kepada radiasi non-ionising akan hanya menyebabkan kesan haba, tetapi tidak cukup kuat untuk menyebabkan kecacatan jangka panjang kepada tisu manusia, sementara radiasi ionising lebih mampu menyebabkan kesan kesihatan akibat proses ionising.
"Beberapa contoh yang dikategorikan sebagai radiasi ionising adalah Xray dan cahaya Gamma, yang digunakan untuk tujuan perubatan," katanya.
Beliau berkata, cahaya matahari dengan sinaran ultravioletnya boleh membahayakan kesihatan seseorang berbanding peranti harian atau menara telekomunikasi yang dibina di kawasan kediaman.
"Radiasi dari matahari adalah ribuan kali lebih kuat daripada radiasi yang dipancarkan oleh peranti berkenaan, yang boleh menyebabkan kanser kulit akibat haba yang memancar terus ke kulit kita," katanya.
PENYELIDIKAN OLEH NUKLEAR MALAYSIA
Sementara itu, Roha Tukimin, pengurus Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Radiasi Agensi Nuklear Malaysia (NUKLEAR Malaysia) berkata, pertubuhan itu bekerjasama dengan MCMC untuk menjalankan penyelidikan berterusan mengenai pendedahan 5G RF-EMF di kawasan bandar, pinggir bandar dan kampung sejak awal tahun 2000.
"Apabila muncul 5G, apa yang menjadi kebimbangan ialah struktur telko yang dibina hampir dengan kawasan kediaman, yang mereka anggap mempunyai radioaktif dan akan membahayakan kesihatan mereka.
"Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga negara lain," katanya.
Roha, yang juga penyelidik kumpulan radiasi non-ionosing berkata, pendedahan RM-EMF dari struktur telko adalah jauh di bawah had pendedahan yang dibenarkan (PEL) dan mematuhi Garis Panduan Standard dan Antarabangsa Mandatori (ICNIRP) MCMC.
"Di Malaysia, dalam mengawal pematuhan RF-EMF, tiga dokumen yang jadi rujukan iaitu Standard Mandatori (MS) untuk Pelepasan Medan Elektrimagnet dari Infrastruktur Radiokomunikasi; Penentuan No 5 dari Kod Teknikal 2021 (TC); dan Ramalan serta Ukuran Pendedahan dari Stesen Pangkalan RF-EMF.
"Matlamatnya adalah untuk mencapai Pematuhan EMF dan terpakai untuk semua Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP) dan Pembekal Fasiliti Rangkaian (NFP)," katanya.
Menurut Roha, PEL yang ditetapkan untuk 3.5 gigahertz (GHz) adalah pada 61 v/m (volt semeter), namun Kuala Lumpur mencatat 1.72 v/m, Johor Bahru 0.12v/m, dan Pulau Pinang, 0.08v/m.
Memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), beliau berkata, bukti semasa tidak mengesahkah kewujudan mana-mana kesan kesihatan daripada pendedahan kepada paras rendah medah elektromagnet (RF).
"Jumlah Medan Elektromagnet diukur untuk tapak kajian hanya berada di bawah had 10 peratus dan jauh di bawah had pendedahan yang disyorkan, seperti ditetapkan Standard Mandatori MCMC.
"Hasil RF-EMF dilepaskan oleh pemancar 5G mematuhi had pendedahan yang dibenarkan untuk orang awam," katanya.
HADKAN PENDEDAHAN KEPADA PERANTI ELEKTRONIK
Sementara itu, Datuk Dr Chang Kian Meng, pakar hematologi dari Pusat Perubatan Sunway l menasihatkan orang awam, terutama mereka yang secara konsistennya terdedah kepada radiasi seperti komputer dan peranti elektronik, untuk lebih berhati-hati dan mengehadkan pendedahan itu.
"Saya percaya amalan baik untuk meminimumkan pendedahan kepada kimia dan polutan persekitaran sebagai langkah pencegahan kanser.
"Saya tidak fikir ada hubungan jelas untuk menekankan bahawa penggunaan berlebihan telefon bimbit boleh menyebabkan kanser otak atau penggunaan berpanjangan komputer dengan radiasi boleh menyebabkan kanser," beliau memberitahu Bernama di Pusat Kanser Sunway baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Dr Chang menasihatkan orang awam, terutama mereka yang secara konsisten terdedah kepada radiasi seperti komputer dan peranti elektronik, untuk lebih berhati-hati dan mengehadkan pendedahan.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.
Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik
TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.
Capaian liputan 5G di Malaysia cecah 85 peratus
Capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 85 peratus dalam usaha melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.