Malaysia belum menerima sebarang pengesahan rasmi daripada kerajaan Filipina bahawa kepala mangsa yang dipenggal kumpulan militan Abu Sayyaf seperti dilaporkan media asing adalah milik warga Malaysia, Bernard Then Ted Fen yang diculik Mei lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, maklumat berkaitan sudah disalurkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tindakan susulan akan dilakukan pihak berkuasa Filipina.
"Walaupun media antarabangsa telah menyatakan bahawa kepala telah ditemui tetapi pihak berkuasa Filipina masih belum mengesahkan sama ada kepala itu adalah kepala mangsa berkenaan.
:Walaubagaimanapun, kita akan terus menjalin dengan pihak Filipina dan kumpulan perunding terus melaksanakan tugas mereka. Maklumat telah disalurkan ke PDRM untuk tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh pihak berkuasa Filipina," katanya dalam sidang media bersama Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian (MoU) Pengukuhan Kerjasama bagi Mencegah dan Memerangi Jenayah di sini, hari ini.
Menurutnya, kerajaan juga katanya telah berusaha untuk membebaskan mangsa sebelum mangsa dilaporkan dibunuh kumpulan Abu Sayyaf.
"Kita telah berhubung dengan keluarga mangsa melalui PDRM. Kita akan mengusahakan penghantaran mayat itu jika benar, untuk dihantar kepada keluarga. Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah mengusahakan sedaya-upaya untuk melepaskan kedua-dua mangsa berkenaan.
"Namun, apa yang telah berlaku adalah amat mendukacitakan kita sebab mereka berjanji untuk melepaskan kedua-duanya tetapi malangnya mereka telah meletakkan beberapa syarat tambahan dan ini amat tidak dialukan oleh pihak perunding berkenaan," katanya lagi.
Ahmad Zahid menyifatkan tindakan yang dilakukan pihak pengganas itu sebagai perkara yang tidak wajar dan di luar batas kemanusiaan.
"Kita harap pihak berkenaan menghormati hak kemanusiaan bukan sahaja menggunakan 'bottom line' untuk mendapatkan tebusan sebagai satu cara yang cukup di luar norma keperimanusiaan," ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,
satu ujian DNA akan dibuat bagi mengesahkan sama ada mayat tanpa kepala yang ditemui di Indanan, selatan Filipina, pada Rabu adalah Bernard Then Ted Fen.
Menurutnya, sehingga keputusan DNA diperoleh, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada mayat berkenaan adalah warga Malaysia yang diculik di Sandakan pada 14 Mei lalu.
Beliau berkata, PDRM akan mendapatkan sampel DNA daripada keluarganya untuk dihantar ke Filipina, secepat mungkin.
PDRM juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat itu.
Then yang berasal dari Sarawak diculik kumpulan militan Abu Sayyaf bersama pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dari Restoran Ocean King Seafood di Sandakan, 15 Mei lalu.
Then dipercayai dipenggal oleh kumpulan itu kira-kira jam 4 petang Selasa di kepulauan Jolo, manakala Thien pula dibebaskan pada 8 November lalu.
Rahimah Abdullah
Thu Nov 19 2015
Ahmad Zahid menyifatkan tindakan yang dilakukan pihak pengganas itu sebagai perkara yang tidak wajar dan di luar batas kemanusiaan.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.