KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengubah sebarang peraturan berkenaan sekatan eksport ayam yang diumumkan pada 1 Jun lepas, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Justeru Annuar berkata dasar harga ayam ketika ini adalah kekal untuk memastikan harga ayam rendah dan keutamaan bekalan kepada rakyat tempatan kerana ia merupakan barangan keperluan bagi setiap keluarga di negara ini.
"Kita dapat banyak pandangan dan pemakluman awal tentang kononnya dapat lebihan bekalan ayam dan ada pengharapan dizahirkan kepada jawatankuasa untuk memohon kebenaran mengeksport ayam ke luar negara.
"Saya nak jelaskan mekanisme mengawal tahap kedudukan bekalan tidak boleh dibuat secara bolak-balik. Kita perlukan masa untuk memastikan semua bekalan ayam dalam negara serta barangan lain, mesti terkawal.
"Adalah penting jawatankuasa dapat pantau secara menyeluruh keseluruhan rantaian bekalan yang berkaitan dengan bekalan ayam, sama ada bekalan ayam yang mula dibenar bawa masuk, ayam yang mula diternak dan ayam yang dikeluarkan dan kita akan lihat sejauh mana dakwaan menyatakan bekalan sekarang adalah berlebihan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen hari ini.
Annuar berkata kerajaan menyedari faktor penurunan harga adalah berasaskan kepada bekalan yang cukup dan lebih daripada mencukupi, namun beliau khuatir terdapat pihak yang mengambil peluang mengeksport ayam disebabkan harga bekalan itu yang mahal di negara lain sehingga menjejaskan harga bekalan tempatan.
Annuar berkata jawatankuasa turut membincangkan penemuan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai lima syarikat berkaitan bekalan ayam yang dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dengan terbabit perjanjian antipersaingan atau lebih dikenali sebagai perjanjian kartel.
Beliau berkata memandangkan penemuan MyCC itu adalah siasatan awal, lima perusahaan itu kini mempunyai peluang mengemukakan representasi dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan cadangan itu disampaikan kepada mereka.
"Kita ingin ingatkan pengusaha tidak mengamalkan sebarang tindakan yang melibatkan pakatan untuk menetapkan harga dan melanggar peraturan persaingan bebas kerana ia boleh jejaskan harga kerana dikawal oleh satu kelompok peniaga yang menguasai pasaran dan itu tidak dibenarkan oleh undang-undang negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
![Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657728937_TBANNUARMUSAKL.jpg)
Annuar berkata dasar harga ayam ketika ini adalah kekal untuk memastikan harga ayam rendah dan keutamaan bekalan kepada rakyat tempatan kerana ia merupakan barangan keperluan bagi setiap keluarga di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657728937_TBANNUARMUSAKL.jpg)
Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar
Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengubah sebarang peraturan berkenaan sekatan eksport ayam yang diumumkan pada 1 Jun lepas.