BERA: Golongan belia mencatatkan kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi, iatu hampir 50 peratus daripada 14,308 kes kematian yang direkodkan dalam tempoh dua tahun bermula 2019, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata nahas jalan raya juga antara penyebab utama kematian di negara ini, dengan purata 4,769 nyawa terkorban setiap tahun dalam tempoh yang sama, dan jumlah kematian belia yang tinggi menjadikan ia cabaran utama kepada pihak penguat kuasa bagi membendung perkara itu.
"Golongan belia mempunyai masa depan yang cerah dan diperlukan negara, tetapi mereka ini yang paling banyak terlibat (kemalangan jalan raya). Lesen memandu seharusnya membantu kita mempermudahkan pergerakan khususnya dalam mencari rezeki. Kita berharap mereka yang memperolehnya dapat berdisiplin semasa menunggang motorsikal," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian semasa merasmikan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Kompleks Rakan Muda Bera sini hari ini, yang menyaksikan 404 penduduk Orang Asli sekitar daerah ini dipilih untuk mengikuti program itu bagi mendapatkan lesen memandu motosikal pada harga paling minimum.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman.
Bagi membendung kadar kematian akibat kemalangan jalan raya, Ismail Sabri berkata JPJ akan memperbanyakkan program advokasi dan keterlibatan dengan pihak tertentu bagi memberi kesedaran keselamatan jalan raya, selari dengan hasrat kerajaan mahu mengurangkan kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.
Sementara itu, mengulas mengenai BLKM, Perdana Menteri berkata ia dikhususkan kepada mereka memerlukan seperti golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu Kelas B2.
"Program ini bertujuan memudahkan kerana kita tahu ada beberapa prosedur yang perlu dilalui bagi mendapatkan lesen. Walau bagaimanapun, ia masih menerapkan latihan dan kursus yang perlu dilalui supaya mereka menjadi penunggang motosikal yang mematuhi undang-undang," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong dalam kenyataan yang diedarkan kepada media memaklumkan antara kriteria bagi mengikuti program itu ialah warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan mental serta tiada kecacatan fizikal.
Selain itu, calon juga perlu dipastikan tidak disenarai hitam JPJ atau polis serta belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.
Ia juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan sejak tahun 1990-an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Nahas jalan raya juga antara penyebab utama kematian di negara ini. - Gambar fail/PDRM
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.