Belia yang menginjak usia 18 tahun masih perlu menunggu kira-kira dua tahun lagi sebelum boleh didaftarkan sebagai pengundi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata walaupun Dewan Rakyat pada Julai lepas meluluskan Rang Undang-undang (RUU) menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, namun ia bukan bermaksud belia pada usia itu kini sudah boleh mendaftar sebagai pengundi serta-merta.
Menjelaskan perkara itu kepada Bernama News Channel (Astro 502) dalam satu temu bual eksklusif pada Selasa, Dr Azmi berkata pendaftaran sebagai pengundi akan hanya dilaksanakan secara serentak dengan pendaftaran automatik.
Beliau berkata ini kerana SPR menjangkakan tempoh dua tahun lagi untuk menyediakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, sekali gus mampu diaplikasi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
"Pendaftaran secara automatik tu lama lagi, mungkin dalam setahun setengah, mungkin dalam dua tahun, barulah dia dilaksanakan," katanya.
Beliau menjelaskan demikian ekoran aduan kakitangannya yang sering menerima pertanyaan orang ramai terutama belia 18 tahun yang memohon nama mereka didaftarkan sebagai pengundi serta-merta.
Kakitangan SPR juga perlu memberi penerangan apabila ada antara mereka yang mengadu nama mereka ditolak daripada senarai pendaftar apabila membuat pendaftaran secara dalam talian.
Dr Azmi dalam pada itu berkata, tempoh dua tahun itu juga diperlukan bagi SPR membuat persediaan menghadapi jutaan tambahan pengundi, menentukan pusat dan saluran mengundi mencukupi, selain membeli kotak undi yang banyak serta melatih lebih ramai pegawai SPR.
Selain menurunkan umur warganegara layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, pindaan itu turut mencadangkan penurunan umur warganegara yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kepada 18 tahun, serta mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh SPR.
Mengulas lanjut, Dr Azmi berkata fokus SPR ketika ini dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara ialah memastikan sistem berkenaan secara teknikalnya telus, selamat dan efisien, agar segala proses pengundian berjalan lancar apabila tiba masanya.
Mengikut rekod, jumlah pengundi pada PRU15 dijangka menjangkau lebih 22 juta orang, berbanding 14.9 juta pengundi pada PRU14 pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

AZMI: Pendaftaran secara automatik tu lama lagi, mungkin dalam setahun setengah, mungkin dalam dua tahun, barulah dia dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP
Laluan khas akan disediakan bagi golongan warga emas berusia 70 tahun ke atas.

Profesor UM cabar kesahihan Akta Hasutan 1948
Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Azmi Sharom memfailkan permohonan untuk mengkaji semula perlembagaan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen hari ini.

Akta Hasutan: Kes Azmi Sharom akan disemak semula - Gani Patail
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keputusan mengenai penyemakan semula itu juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.