Golongan belia Asean digalak menyertai program komuniti dan sukarelawan bagi meningkatkan pertukaran pengalaman, membangunkan keupayaan, mempertingkat pemahaman silang budaya dan menempa identiti serantau.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata belia Asean memainkan peranan penting bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian di rantau ini dan perlu mempunyai rasa prihatin bagi rakan di negara jiran antaranya termasuk kesedaran bagi memulihara alam sekitar.
Beliau berucap pada majlis sambutan program sulung Sukarelawan Belia Asean bertemakan "Pembangunan Pemimpin Eko Belia Asean melalui Penglibatan Sukarelawan dan Komuniti" di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Turut hadir naib canselor UKM Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, timbalan naib canselor UKM (Industri dan Perkongsian Komuniti) dan pengarah eksekutif program sukarelawan belia Asean Prof Datuk Dr Saran Kaur Gill dan duta besar Amerika Syarikat ke Asean David L.Carden.
Mengenai program lima minggu Sukarelawan Asean itu, Khairy berkata program itu merupakan satu kesedaran di kalangan generasi muda untuk datang dan bekerjasama melindungi alam sekitar.
Program itu dikongsi bersama kementerian, Sekretariat Asean dan Agensi Amerika Syarikat bagi Pembangunan Antarabangsa (USAID).
Para peserta program dihantar ke empat tapak kepelbagaian bio di Mersing, Johor; Kampung Dew, Perak; Setiu, Terengganu dan Taman Alam Kuala Selangor, Selangor untuk bekerjasama dengan masyarakat tempatan dan melaksanakan pendidikan alam sekitar dan inisiatif yang lain.
Program sukarelawan belia Asean ini merupakan satu instrumen bagi melahirkan peluang kepada belia Asean untuk bekerjasama dengan embantu masyarakat serantau, memperkukuh hubungan antara budaya dan menghasilkan identiti Asean yang kukuh selaras dengan Hala Tuju Strategik bagi Komuniti Asean 2009-2015 dalam artikel 5 di bawah komuniti sosiobudaya.
Katanya program alam sekitar merupakan pendekatan terbaik bagi menjadikan rantau Asean sebagai kawasan yang bersih.
Bernama
Sat Sep 21 2013
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Belia aset paling penting dalam pembentukan masa depan ASEAN - Ahmad Maslan
Belia yang mewakili sebahagian besar daripada 625 juta penduduk ASEAN memainkan peranan penting dalam integrasi blok 10 anggota itu bagi pembentukan pasaran pengguna dan pelaburan.