KUCHING: Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Figura daripada suku kaum Lun Bawang iaitu satu daripada etnik Orang Ulu di utara Sarawak itu meninggal dunia kira-kira 11.46 pagi ini pada usia 69 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Dilahirkan pada 5 Okt 1954, mendiang yang berasal dari Lawas menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Semadoh dan SK Ba'kelalan sebelum menempuh zaman remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang dan SMK Lawas.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang di Miri dan seterusnya mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya.
Khidmat bakti Mutang dalam gelanggang politik bermula apabila beliau menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Bukit Mas pada 1982 dan terus kekal menjadi wakil rakyat kawasan itu sehingga 1990.
Panggilan untuk berbakti di peringkat Persekutuan muncul sekali lagi apabila Mutang yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 pada 19 Feb lepas.
Pelantikan itu sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila Mutang menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik ke jawatan tertinggi dewan terhormat itu.
Beliau menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan, susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 26 Jan lepas.
Selain itu, Mutang juga menjawat beberapa jawatan lain antaranya Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Penasihat Undang-Undang Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Naib Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).
Pada 6 Mei lepas, Mutang menerima rawatan perubatan di IJN susulan masalah kesihatan yang dialaminya ketika berada di Azerbaijan.
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lepas dan pulang lebih awal daripada yang jadualnya.
Mendiang meninggalkan isteri Datin Ho May Leng dan tiga orang anak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara. - Gambar fail/Pejabat YDP Dewan Negara
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia bincang perdagangan, pelaburan dengan Qatar Chamber
Awang Bemee memuji kepimpinan ekonomi Qatar dan persekitaran mesra pelaburan, serta kejayaan penganjuran Piala Dunia FIFA 2022.

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.

Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.

Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.

Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.

Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.

DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.

Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.

Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.