KUALA LUMPUR: Negara kehilangan seorang tokoh pendidikan dihormati dan disegani yang banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi apabila pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) Tun Arshad Ayub, 93, menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.
Allahyarham berkhidmat sebagai Pengarah ITM sejak 1967 sehingga 1975 yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sepanjang tempoh hampir lapan tahun menerajui institusi pengajian tinggi itu, menyaksikan ITM meraih pelbagai kemajuan dalam melahirkan modal insan Bumiputera sehinggakan Arshad digelar 'arkitek' pembangunan dan perkembangan unggul ITM.
Sepanjang hayatnya, Arshad menabur bakti di UiTM seterusnya dilantik sebagai Pro-Canselor setelah bersara daripada perkhidmatan awam selepas berkhidmat selama 32 tahun.
Allahyarham juga pernah dipinjamkan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri selain pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.
Anak kelahiran Muar, Johor itu juga dilantik sebagai Canselor Universiti Antarabangsa INTI yang pertama pada 2013 dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.
Ketika berusia 23 tahun, Allahyarham mula berkhidmat dengan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pada September 1951 sebagai Penolong Pegawai Kadet Pembangunan Kampung.
Allahyarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun.
Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (PAUiTM) Datuk Zaini Hassan menyifatkan jasa Allahyarham dalam mendidik anak bangsa sebagai tiada tolok bandingnya.
"Tan Sri Arshad adalah tokoh yang mencipta sejarah dan memberi peluang kepada semua pelajar sama ada yang baik atau kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memperoleh ilmu sehingga mencapai tahap tertinggi (ijazah dan kelayakan profesional).
"Pada hari ini, ramai pemimpin perniagaan di sektor korporat dan sebagainya adalah anak-anak didik ITM, ini (hasil) jasa Allahyarham semasa mengasaskan ITM, beliau memperkenalkan kursus-kursus dalam bidang profesional termasuk peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA)," katanya.
Keluarga Allahyarham menerusi satu kenyataan pagi ini memaklumkan jenazah Allahyarham ketika ini masih berada di hospital.
Allahyarham sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan.
Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, Arshad yang pernah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Gaji Harun berada di luar negara untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958) dan IMD Business School, Lausanne, Switzerland (1963).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Tokoh pendidikan negara yang juga pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) Tun Arshad Ayub, 93, menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi. -Gambar fail/UiTM
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Tun Arshad Ayub selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam
Media sebelum ini melaporkan, Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.
Mengenang Arshad Ayub: Agong zahir ucapan takziah, sifatkan Allahyarham arkitek penubuhan UiTM
Kehilangan Tun Arshad sangat dirasai oleh negara dan UiTM khususnya.
Belasungkawa 'arkitek pembangunan ITM' Tun Arshad Ayub
Arshad dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM setelah bersara daripada perkhidmatan awam selepas berkhidmat selama 32 tahun.
Jenazah Allahyarham Arshad Ayub disemadi di Makam Diraja Shah Alam
Jenazah dibawa dari Hospital KPJ Damansara ke Masjid Kolej Islam Malaysia, Jalan Universiti untuk disembahyangkan.
Tun Arshad Ayub meninggal dunia
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
Tengku Maimun, Arshad Ayub dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Pingat sempena Keputeraan Agong
Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun'.
'Arshad Ayub - Menanam Pokok Tempat Berteduh'
Tidak ramai insan di dunia yang mencapai usia melebihi 90 tahun; dan bilangan yang kekal sihat, serta cergas secara fizikal, dan cerdas secara mental, ketika berada dalam usia tersebut.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
UiTM sebagai 'hak orang Melayu' tidak tepat
Tujuan asal penubuhan UiTM untuk membantu golongan Melayu dan Bumiputera yang miskin dan ketinggalan pada masa itu. Tetapi keadaan kini sudah berubah.