Empat lelaki termasuk seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas tuduhan menyertai rusuhan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, yang tular di laman sosial, dua minggu lepas.
Dalam insiden yang dirakamkan itu, kesemua mereka terbabit dalam insiden membelasah seorang pemandu lori di pekarangan Kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa.
T.Vigneswaran, 40, peniaga nasi lemak, Tengku Hazrul Shah Tengku Hamid, 42, pemilik syarikat sekuriti, Mohd Neezam Jelani, 35, anggota penguat kuasa DBKL dan Izakri Zakaria, 38, pemandu peribadi, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Nor.
Keempat-empat tertuduh didakwa bersama-sama dua lagi individu yang masih bebas telah menyertai rusuhan yang boleh mencederakan, di pos pengawal kondominium tersebut pada 2.30 petang, 14 Jan lepas.
BACA: Pemandu lori dibelasah akui dirinya diugut supaya tidak lapor polis
BACA: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan kes belasah di Ampang
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh.
Peguam Badrul Syah Syafiq, yang mewakili keempat-empat tertuduh, memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan kesemua tertuduh perlu menyara keluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac untuk sebutan semula kes.
Di mahkamah sama, Vigneswaran berdepan satu lagi pertuduhan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang pengawal keselamatan warga Nepal, B.K Shyam, 26, di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Vigneswaran diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa atau wakil dan menetapkan 7 Mac untuk sebutan semula kes.
Minggu lepas, sebuah rakaman video menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah pemandu lori itu kerana dikatakan telah melanggar sebuah kereta mewah di pekarangan kondominium itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2017
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan menyertai rusuhan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa. - Gambar fail
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.
Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Tujuh ditahan berhubung insiden gaduh di restoran Pandan Indah
Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.