Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji Belanjawan 2019 akan dilakukan dengan penuh hati-hati agar dana negara tidak dibazirkan, serta memastikan keadaan fiskal negara kembali terkawal.
Beliau berkata, dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat, Kerajaan Persekutuan juga perlu sedaya upaya mengawal perbelanjaan agar apa yang dirancang dalam belanjawan itu tidak melebihi pendapatan negara.
“Kita cuba memenuhi aspirasi rakyat di masa sama, bajet kita bukan melebihi pendapatan kita. Kita tidak ada buat pinjaman untuk kita nak buat syarikat baharu supaya kita boleh curi duit.
“Kita (hanya) pinjam untuk bayar hutang supaya faedah jadi kurang. Kita sangat berhati-hati. Tak ada duit kita tak belanja,” katanya kepada sidang media selepas Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai Tabung Harapan, yang kini jumlah yang terkumpul sudah mencecah RM196 juta, Tun Mahathir berkata, masih belum ada perancangan khusus bagaimana wang itu akan dibelanjakan.
“Duit itu tidak ada tujuan tertentu melainkan untuk menolong kerajaan menyelesaikan masalah kewangan. Kita akan guna duit itu sebijak mungkin,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Nov 02 2018

Kerajaan Persekutuan juga perlu sedaya upaya mengawal perbelanjaan agar apa yang dirancang dalam belanjawan itu tidak melebihi pendapatan negara.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720263071_NozelMinyak.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara
Pengumuman kerajaan pada Mei lepas yang bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel mencipta pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di laman media sosial.

Kerk Chee Yee hasrat bawa reformasi dalam DUN Melaka
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kerk Chee Yee berhasrat untuk membawa reformasi dalam institusi legislatif tersebut.

Gerakan mahasiswa perlu manfaat kemudahan, ruang tersedia perjuangkan aspirasi rakyat - PM Anwar
Gerakan mahasiswa harus memanfaatkan kemudahan dan ruang yang disediakan kerajaan dalam usaha memperjuangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan, rakyat dan negara.

Kerajaan PH gagal penuhi aspirasi rakyat - Azmin Ali
Inisiatif yang diperkenalkan Perikatan Nasional merupakan alternatif yang lebih baik jika dibandingkan dengan Pakatan Harapan.

Pengganti Maszlee Malik mesti faham aspirasi rakyat Sabah - Yusof
Menurut Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, adalah penting untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan calon yang tepat bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Belanjawan2019: Tun M janji wang negara dibelanja dengan hati-hati
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji Belanjawan 2019 akan dilakukan dengan penuh hati-hati agar dana negara tidak dibazirkan, serta memastikan keadaan fiskal negara kembali terkawal.

'Dulu pernah jadi pembangkang, sepatutnya tidak begini'
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, pengalaman sebagai pembangkang wajar dijadikan panduan untuk memahami aspirasi rakyat kini.

Kepentingan negara dan rakyat harus jadi matlamat utama kerajaan baharu - Hadi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap kerajaan baharu Malaysia, PH akan sentiasa meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai agenda utama.