KOTA KINABALU:Belanjawan Sabah 2021 antara lain akan memberi fokus utama kepada usaha pemulihan semula ekonomi negeri termasuk memacu pembangunan sektor yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Ketika memberi bayangan kerangka belanjawan negeri yang dijadual dibentangkan pada 18 Disember ini, beliau berkata kerajaan negeri komited untuk memastikan setiap perancangan dan keutamaan yang digariskan dalam belanjawan itu berupaya membawa Sabah terus bergerak maju pada tahun depan.
"Kita berharap wabak ini akan berakhir atau (jumlah kes) menurun sekurang-kurangnya pada awal tahun depan. Justeru, kerangka belanjawan kita ialah tertumpu untuk membangunkan semula ekonomi Sabah. Dalam aspek ini, banyak sektor perlu diberi perhatian, sektor pelancongan umpamanya.
"Kita perlu uruskan dengan betul dan semoga akan lebih ramai pelancong datang ke Sabah selepas berakhirnya wabak ini. Selain itu, kita akan menumpukan kepada pembangunan lain seperti infrastruktur, pertanian dan industri yang terjejas akibat COVID-19," katanya dalam rancangan Bicara Naratif terbitan RTM 1 malam tadi.
Mengulas lanjut, Hajiji berkata Belanjawan Sabah 2021 juga akan memberi fokus ke arah memperkemaskan lagi jentera pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan segala kerangka pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.
"Saya akan mengumumkan satu garis panduan, fokus dan hala tuju kerajaan negeri tidak lama lagi. Apa yang kita ingin lakukan adalah untuk memastikan ekonomi Sabah tumbuh dan rakyat akan dapat manfaatnya, mewujudkan peluang pekerjaan dan banyak lagi perkara yang menjadi keperluan kepada Sabah," katanya.
Mengenai Belanjawan Persekutuan 2021 yang dibentangkan pada 6 Nov lepas, Hajiji berkata kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan besar kepada Sabah terutama dalam usaha memperbaiki mutu fasiliti kesihatan di negeri itu khususnya dalam mendepani gelombang ketiga pandemik COVID-19.
Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 telah mengenal pasti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berdepan banyak kekangan termasuk peralatan perubatan selain memerlukan peruntukan untuk pembelian reagen, kit saringan dan bahan guna habis.
Katanya ini penting bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan terbaik diberikan kepada rakyat Sabah sekali gus usaha menangani penularan pandemik tersebut di negeri itu.
"Ia memerlukan satu peruntukan agak besar yang perlu diberikan kepada Sabah. Saya yakin Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 telah mengemukakan keperluan ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kita harap ia dipertimbangkan untuk kelulusan," katanya.
Hajiji turut mengingatkan rakyat Sabah agar terus berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020
Hajiji (kanan) ketika bersiaran secara langsung pada Program Bicara Naratif di Kompleks KKMM Kota Kinabalu malam tadi. --fotoBERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
DUN Sabah luluskan Belanjawan negeri 2021
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan negeri 2021 berjumlah RM4.3 bilion setelah dibahas selama tiga hari sejak Isnin.
Penjawat awam Sabah terima bonus RM600
Kerajaan Sabah bersetuju memberi bantuan kewangan khas RM600 kepada semua penjawat awam negeri melibatkan peruntukan RM8.7 juta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Kerajaan Sabah ditadbir GRS bentang Belanjawan 2021 berjumlah RM4.3 bilion
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor hari ini membentangkan Belanjawan Sabah 2021 berjumlah RM4.3 bilion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini.
Belanjawan Sabah 2021 fokus pulih ekonomi, bangunkan sektor terjejas COVID-19 - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri komited untuk memastikan setiap perancangan dan keutamaan yang digariskan dalam Belanjawan Sabah 2021 berupaya membawa Sabah terus bergerak maju pada tahun depan.