PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah melalui Belanjawan Madani 2025 bagi memperkukuhkan lagi inisiatif Dasar Peluang Kedua di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), khusus untuk membantu rakyat yang muflis.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berbangga dengan prestasi MdI yang lebih proaktif, dan berjaya melebihi sasaran pelepasan bankrap dengan jumlah 142,510 kes.
Tegasnya lagi, peningkatan kes pelepasan yang membanggakan itu, bukan sekadar memberi kesan positif kepada individu, tetapi kepada keluarga yang kini boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
“Seramai 140,000 orang yang memang muflis, yang akan muflis, berterusan tidak ada upaya membayar (hutang) RM50,000, atau RM100,000.
“Tapi kerana keputusan Kerajaan meminda undang-undang (Akta Insolvensi 2023), beri ruang kepada jabatan untuk teliti semula, dan disusuli dengan tindakan yang lebih cekap daripada kalangan penjawat awam, khususnya di jabatan ini, kita lepaskan mereka (kes muflis).
“Dengan (tindakan) satu jabatan sahaja, lebih 140,000 keluarga merasa lega dan dapat hadapi hidup dengan baik. Kemudian, kalau lepaskan saja, tak ada program susulan, dia (penghutang) mungkin akan terus terhambat. Sebab itu disebut Dasar Peluang Kedua, kita anjurkan, supaya ada langkah yang harus diketahui mereka,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Insolvensi di Putrajaya pada Khamis, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, dan Ketua Pengarah Insolvensi, M Bakri Abd Majid.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beliau mengharapkan agar golongan yang telah berjaya mendapat peluang kedua itu, agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu, dan perlu melihat peluang yang disediakan bagi memperbaiki taraf kehidupan Mereka dan keluarga.
“Fahami peluang yang ada, dan melalui rangkaian jabatan dan kementerian yang pelbagai – seperti Tekun, atau Mara atau PUNB – kadang-kadang peluang diberikan tapi tak mendapat dokongan atau sambutan.
“Sebab itu kita adakan peluang kedua ini, dan jabatan yang berkaitan harus memberi dan mengenal pasti rangkaian dalam jabatan yang ada,” katanya lagi.
Kerajaan pula, tambahnya lagi, akan terus memastikan kelangsungan rakyat, khususnya mereka yang terperangkap dalam kemuflisan melalui bantuan-bantuan sedia ada seperti suntikan Sumbangan Tunai Rahmah
“Kita ada suntikan Tunai Rahmah, di mana kerajaan telah menyediakan (peruntukan) RM10 bilion setahun untuk untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan, khususnya daripada golongan M40 dan B40," tambahnya lagi.
Firdaus Azil
Thu Jul 25 2024

Anwar berkata, beliau berbangga dengan prestasi MdI yang lebih proaktif, dan berjaya melebihi sasaran pelepasan bankrap dengan jumlah 142,510 kes. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis

Belanjawan Madani 2025: 'Ada perubahan positif, tetapi masih ada ruang perlu diperbaiki' - PM Anwar
Beberapa indikator ekonomi telah menunjukkan dasar kerajaan yang diumumkan sebelum ini, yang diperkasakan melalui Belanjawan Madani 2024, telah berjaya menghasilkan perubahan positif kepada negara.

Belanjawan 2024 : KPK kemuka 7 cadangan bagi kemampanan sektor perladangan, komoditi - Fadillah
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengemukakan tujuh cadangan dan semakan semula kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024.

Belanjawan 2024 beri tumpuan kepada PKS
Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan minggu depan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Lima agenda utama NRECC dibawa ke pembentangan belanjawan Madani Oktober depan
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan membawa lima agenda utama pada pembentangan Belanjawan Madani kedua, 13 Oktober depan.

PM Anwar jamin peruntukan tambahan perumahan PDRM dalam Belanjawan Madani kedua
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha mencari peruntukan tambahan untuk perumahan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Belanjawan 2023: Peruntukan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion belanja mengurus - PM Anwar
Selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion ringgit berbanding RM71.6 bilion tahun lalu.

Belanjawan Madani cerminan prinsip tanggungjawab, mampu mendepani ekonomi global - PM Anwar
Pembentangan belanjawan adalah keadaan sebenar yang tidak cuba mengaburi minda rakyat dengan angka-angka memukau.