KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengemukakan cadangan pemberian insentif pembelian kenderaan elektrik (EV) khususnya motosikal dalam Belanjawan 2024 bagi menggalakkan perkembangan industri itu di Malaysia.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri berkata cadangan tersebut sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF), ia akan tertumpu kepada pemilik kenderaan daripada kumpulan B40.
"Kita mengharapkan keputusan yang positif. MITI berharap MoF dapat memberi sokongan kepada pembangunan industri EV negara, (dan) di dalam konteks ini untuk motosikal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di International Electric Mobility Showcase (IEMS 2023) di sini hari ini.
Mengenai pembangunan industri EV secara keseluruhan, Hanafi berkata kerajaan telah menyediakan banyak insentif pada tahun 2022 dan 2023 untuk pembangunan industri tersebut sama ada daripada segi permintaan dan juga penawaran perkhidmatan berkenaan.
Beliau berkata pasaran EV beroda dua di Malaysia masih berada di tahap rendah, iaitu kurang daripada satu peratus.
Sehubungan itu, MITI berharap inisiatif yang dilakukan termasuk cadangan yang dikemukakan bagi Belanjawan 2024, ia akan mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia.
"Fokus kita sekarang lebih tertumpu kepada kenderaan empat roda atau kereta. Justeru, MITI mengembangkannya kepada motosikal dan kenderaan perdagangan," kata Hanafi.
Malaysia menyasarkan kira-kira 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, terdiri daripada 1,000 unit jenis arus terus dan 9,000 unit jenis arus ulang-alik atau pengecasan perlahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Hanafi berkata cadangan tersebut sudah dikemukakan kepada MoF, ia akan tertumpu kepada pemilik kenderaan daripada kumpulan B40. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.
Kerajaan jimat subsidi RM4.1 bilion jika RON95 naik 32 sen mulai 1 Julai - Maybank IB
Kerajaan dapat jimat belanja subsidi RM4.1 bilion jika petrol RON95 dinaikkan 32 sen mulai 1 Julai, seterusnya mencapai sasaran Belanjawan 2024.
Kesuma sasar satu juta pekerja sendiri carum SKSPS tahun ini - Steven Sim
Unjuran positif itu susulan data daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan seramai 622,473 pencarum setakat ini.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.