KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengharapkan peruntukan yang tinggi dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat nanti untuk tujuan penambahbaikan pengangkutan awam.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya akan mengoptimumkan dan memastikan pengurusan yang baik peruntukan yang akan diterima nanti bagi memastikan keselesaan rakyat terutamanya mereka yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan.
"...bukan sahaja pengangkutan awam di Semenanjung tetapi juga di Sarawak dan Sabah yang kita juga ada perkhidmatan udara yang perlu kita berikan untuk kawasan-kawasan luar bandar.
"Kita juga mengharapkan untuk memberikan perkhidmatan bas di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak yang juga merupakan permintaan kita supaya mendapat peruntukan tambahan untuk memulakan satu sistem bas henti-henti yang lebih baik dan efisien di Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program wawancara Naratif Khas terbitan RTM bertajuk 'Transformasi Pengangkutan Negara'.
Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan kerjasama daripada kerajaan negeri terutamanya bagi negeri yang mempunyai kerjasama sedia ada dengan kerajaan Persekutuan dalam konteks penyediaan pengangkutan awam.
"Dalam aspek pengangkutan ini kita tidak melihat kepada perbezaan politik. Kita mesti menawarkan perkhidmatan yang baik kepada rakyat kerana ini bersangkut dengan mutu kehidupan rakyat kerana apa yang penting kita nak perkasakan pengangkutan awam supaya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Anthony Loke (tiga, kiri) menaiki bas RapidKL ke bangunan Parlimen secara percuma di Balai Pelepasan ERL Kuala Lumpur Sentral semalam. --fotoBERNAMA
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Kementerian Pengangkutan akan tubuh Majlis Pelayaran
Kementerian Pengangkutan bersedia menubuhkan Majlis Pelayaran bagi memajukan industri itu di Malaysia dan langkah tersebut dijangka mampu meningkatkan sektor pelancongan negara dengan ketara.
Pihak berkepentingan maritim diminta kemuka cadangan lonjak daya saing sektor itu
Kementerian Pengangkutan meminta peserta industri perkapalan dan pihak berkepentingan maritim tampil mengemukakan idea dan cadangan untuk melonjakkan daya saing Malaysia dalam sektor itu.
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan - Loke
Dana bidaan nombor pendaftaran sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.