KUALA LUMPUR:Inisiatif dicadang kerajaan dalam Belanjawan 2021 mampu memberi mereka yang hilang pekerjaan akibat COVID-19, peluang kedua atau sekurang-kurangnya ruang untuk bernafas semula.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan melihat peruntukan kerajaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya dalam bentuk program ‘place and train’ melalui kursus ‘reskilling’ dan ‘upskilling’ sebagai satu langkah yang baik.
“Kalau lihat secara keseluruhannya dengan kekangan kewangan, kerajaan sudah buat yang terbaik untuk meletakkan kembali ekonomi pada kedudukan yang betul dan beri bantuan kepada majikan, pekerja dan rakyat,” katanya kepada Bernama.
Ketika membentangkan Belanjawan 2021 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sejumlah RM1 bilion akan diperuntukkan melalui pelbagai agensi kerajaan bertujuan meningkatkan program kemahiran dan latihan semula pekerja.
Selain itu, sebanyak RM3.7 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) melibatkan penyediaan 500,000 peluang pekerjaan baharu termasuk pelaksanaan pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula.
Kerajaan turut bercadang melanjutkan tempoh pemberian Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) selama tiga bulan dengan kos RM150 juta yang dijangka memanfaatkan 130,000 pencari kerja.
Shamsuddin berkata pada tahun ini sahaja berdasarkan data SIP, kira-kira 90,000 pekerja tempatan hilang pekerjaan.
“Jadi mereka yang hilang pekerjaan ini ada jaringan sosial melalui SIP yang kini dilanjutkan lagi tempoh elaunnya selama tiga bulan, jadi jaminannya ada, walaupun hilang pekerjaan mereka tetap mendapat elaun sementara menjalani apa jua kursus untuk mendapat pekerjaan baharu,” katanya.
Sementara itu, penganalisis ekonomi bebas Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berkata apa yang penting ialah aktiviti ekonomi harus berjalan untuk peluang pekerjaan baharu dicipta.
“Apa-apa juga inisiatif kerajaan ia bergantung kepada kecergasan ekonomi. Pekerjaan itu hanya boleh tercipta jika ada aktiviti ekonomi.
“Dalam tempoh pandemik ini, saya fikir soal latihan kemahiran itu semua tidak begitu kritikal buat masa jangka pendek ini, sebab kita bukan nak tingkatkan kemahiran lagi, kita nak supaya pekerjaan itu tidak musnah, sekarang pekerjaan musnah kerana Perintah Kawalan Pergerakan, kerana aktiviti ekonomi terbantut,” katanya.
Bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia itu, bagaimanapun berkata beliau menyokong segala inisiatif dilakukan kerajaan sekiranya ia bertujuan mengurangkan jumlah pengangguran yang beliau anggarkan bakal meningkat lebih tinggi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
“Apa-apa pun ini beban kewangan (program bantuan) kepada kerajaan, tetapi apa pilihan yang kita ada sekarang, kita perlukan aktiviti ekonomi berjalan,” katanya.
Tengku Zafrul turut dilaporkan berkata kadar purata pengangguran sejak 10 tahun lepas merekodkan 3.2 peratus atau sekitar 500,000 penganggur, berikutan pendemik COVID-19, ia telah meningkat kepada 5.3 peratus atau 820,000 penganggur pada Mei 2020 iaitu tertinggi sejak 1989.
Namun menurut Tengku Zafrul, melalui pembukaan semula ekonomi dan pelaksanaan inisiatif Prihatin dan Penjana, kadar pengangguran telah turun kepada 4.7 peratus pada Ogos 2020.
Dalam menyelaraskan pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi bagi mewujudkan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja, penubuhan Majlis Pekerjaan Negara yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diumumkan pada Belanjawan 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020
Kerajaan turut bercadang melanjutkan tempoh pemberian Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) selama tiga bulan dengan kos RM150 juta yang dijangka memanfaatkan 130,000 pencari kerja. - Gambar hiasan
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.