Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, berkata ia seiring usaha mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.
Berikut merupakan antara inisiatif yang bakal dilaksanakan:
- Pertama: RM1.3 bilion bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 920 kilometer yang memberi manfaat kepada lebih 290,000 penduduk;
- Kedua: RM632 juta diperuntukkan bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif dengan sasaran 4,800 buah rumah;
- Ketiga: RM250 juta disediakan untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran lebih 1,100 buah rumah;
- Keempat: RM355 juta bagi Program Bantuan Rumah kepada golongan miskin iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah dengan sasaran 15,000 buah rumah; dan
- Kelima: RM121 juta bagi memasang 27,000 unit lampu serta menanggung kos operasi dan penyelenggaraan 500,000 unit lampu jalan kampung.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021