KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 yang disifatkan sebagai belanjawan perpaduan menjadi titik tolak baharu negara, yang memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Malaysia lebih mengutamakan rakyat di sebalik perbezaan politik.
Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma berkata, rakyat tentunya tidak mahu melihat satu belanjawan yang bertujuan untuk melandaikan keluk pandemik dan pengucupan ekonomi pada akhirnya ditolak atas nama 'politicking'.
Katanya, ia adalah norma baharu dalam politik negara di mana kerajaan dan pembangkang bersama-sama berbincang sebelum meluluskan belanjawan di Parlimen nanti.
"Apabila saya dengar mengenai bajet perpaduan, saya amat mengalu-alukan dan saya yakin begitu juga rakyat Malaysia.
"Kita tidak mahu satu bajet baik yang memberi keutamaan untuk melandaikan keluk pandemik dan keluk pengucupan ekonomi ditolak atas nama politicking," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Madeline memberitahu, kerajaan harus memberi bantuan secara bersasar kepada sektor-sektor yang terjejas akibat COVID-19.
"Bantuan itu harus diberikan secara bersasar bukannya mencurahkan air. Maksudnya ia menyasarkan kepada sektor-sektor yang terkesan akibat pandemik seperti perhotelan, pelancongan dan sebagainya," ujarnya lagi.
Selain itu beliau memberitahu, kerajaan juga perlu mempertimbangkan bantuan kepada industri yang bertumbuh dengan pantas serta berupaya melakukan digitalisasi dalam mengekalkan pekerjaan sedia ada dan juga mewujudkan peluang kerja baharu.
Astro Awani
Mon Nov 02 2020
Dr Madeline Berma berkata, rakyat tentunya tidak mahu melihat satu belanjawan yang bertujuan untuk melandaikan keluk pandemik dan pengucupan ekonomi pada akhirnya ditolak atas nama 'politicking'. - Gambar fail/Astro AWANI
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Bajet 2022: Ambil kira pembangunan pelancongan alam semula jadi - Pengusaha rumah rakit
Pengusaha rumah rakit di kaki Gunung Bongsu berharap kemudahan asas dapat dipertingkatkan, di samping melestarikan kawasan berkenaan.
Menaikkan had hutang statutori amat diperlukan Malaysia ketika ini
Kerajaan perlu mencari ruang fiskal tambahan walaupun sementara, untuk mengembalikan semula ekonomi negara di landasannya.
Belanjawan 2021: Pemimpin politik perlu ketepikan perbezaan, terjemah sokongan demi rakyat - Penganalisis
Ahli politik perlu mengenepikan perbezaan politik dengan menterjemahkan sokongan ke atas Belanjawan 2021.
Belanjawan 2021: PAPUH kecewa pemain industri umrah dan haji tidak diberi perhatian
PAPUH kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021 yang dilihat seperti tidak peduli kepentingan pemain industri yang ketika ini sedang tenat.
Belanjawan 2021 bukti kerajaan serius dan responsif - UiTM
Mohd Azraai menyokong usaha ke arah Pendigitalan Pembelajaran TVET yang membuktikan kerajaan prihatin terhadap pemerkasaan serta kemajuan pendidikan masa hadapan Bumiputera.
Belanjawan 2021, COVID-19 pengaruhi keseimbangan kebajikan
Risiko kesihatan, risiko ekonomi, ketidakstabilan politik, COVID-19 dan Belanjawan 2021 semuanya berkait rapat.
Belanjawan 2021: Peniaga letak harapan tinggi agar tidak dilupakan
Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini, para peniaga meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan supaya mereka tidak dilupakan.
Belanjawan 2021: Gambaran Ahli Parlimen lebih utamakan rakyat - Penganalisis
Belanjawan 2021 memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Malaysia mengutamakan rakyat di sebalik perbezaan politik.
Belanjawan 2021: Kerajaan perlu ambil kira pandangan PH, blok pembangkang - Dr Boon Chye
Kerajaan perlu mengambil kira pandangan Pakatan Harapan (PH) dan blok pembangkang dalam Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Belanjawan 2021: Pertimbang bonus secara bulanan buat penjawat awam - Cuepacs
Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.