BANGI: Belanda telah bersetuju untuk menyokong Malaysia di peringkat Kesatuan Eropah (EU) pada mesyuarat kedua berhubung Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang akan diadakan Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata EUDR diperkenalkan oleh negara-negara Eropah mengenai isu penebangan hutan yang akan berkuat kuasa dalam tempoh 18 bulan setelah diluluskan oleh Parlimen Eropah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri itu ke Malaysia yang berakhir hari ini.
"Kita berbincang bagaimana Belanda boleh menyokong dalam konteks memberikan penjelasan dan penyelesaian terbaik dalam isu ini.
"Ini termasuk sekiranya mereka (EU) dapat mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) yang telah kita bangunkan dan mewajibkannya ke seluruh sektor pengeluaran minyak sawit kita.
"Diharapkan agar EU juga bersetuju (dengan mengiktiraf MSPO sebagai proses audit EUDR pada mesyuarat itu) dan dapat membantu kita dalam industri minyak sawit," kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Baru-baru ini, beliau berkata pengiktirafan MSPO ini bertujuan untuk memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
"Komitmen kita untuk dunia adalah keluasan hutan kita mesti tidak kurang daripada 50 peratus, jadi kita kena imbangi keperluan untuk penanaman hasilan (sawit).
"Pada masa yang sama, kita tidak mengorbankan alam sekitar kita. Ini komitmen kita untuk generasi masa depan," katanya.
Fadillah berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kedua berhubung EUDR pada Disember ini.
Katanya mesyuarat pertama yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 4 Ogos tahun lepas telah membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.
"Namun mesyuarat kedua ini kelak akan memuktamadkan sama ada MSPO akan diterima sebagai sebahagian daripada proses audit di bawah EUDR ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023

Rutte bersama Fadillah melakukan simbolik penanaman pokok kelapa sawit bagi melambangkan kerjasama erat kedua-dua negara dalam sektor minyak sawit di Lembaga Minyak Sawit Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.

Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.

Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.

Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.

Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".

Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.