Seorang bekas tentera diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap dua tuduhan menjadi orang tengah bagi aktiviti persundalan di sebuah hotel di sini, tahun lalu.
Hakim Madihah Harullah membuat keputusan itu terhadap Muhamad Nizam Aripen, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh dan menetapkan 1 dan 2 April ini untuk tertuduh membela diri.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menjadi orang tengah ke atas dua wanita di sebuah hotel di Taman AST di sini, pada jam 12.05 tengah malam, 20 Jan tahun lalu.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuralis Mat manakala tertuduh diwakili peguam M. Haresh dan Aida Syafinaz Zainuddin.
Sementara itu, Haresh, ketika ditemui media, berkata tiga saksi pembelaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dan anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019
Muhamad Nizam (kanan) diarah membela diri terhadap dua tuduhan menjadi orang tengah bagi aktiviti persundalan di sebuah hotel di sini, tahun lalu. --fotoBERNAMA
Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
GPI ambil kira kos keretakan rumah tangga, masalah sosial dalam menilai ekonomi negara - Penganalisis
ensyarah Ekonomi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Muhamad Rias K V Zainuddin berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira setiap aspek kehidupan masyarakat termasuk kos keretakan rumah tangga dan masalah sosial dalam menentukan status ekonomi negara. Jelasnya, kos-kos terbabit akan ditolak dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum suatu nilai sebenar ekonomi negara dapat ditentukan. #DialogPoketRakyat
GPI ambil kira kos pencemaran, kerosakan alam tentukan kedudukan sebenar ekonomi negara - Penganalisis
enyelaras Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) Bahagian Utara, Dr. Thanaraj Murudi berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira kos-kos pencemaran dan kerosakan alam dalam penilaian kedudukan sebenar ekonomi negara. Jelasnya, pendekatan ini bagi memastikan tafsiran ekonomi adalah sesuai dengan realiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. #DialogPoketRakyat
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Pengerusi Kluster Ekonomi, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Sosial Akademi Profesor Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Jamal Othman berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya. Contohnya, petunjuk berkenaan menawarkan tafsiran kepada sumbangan suri rumah tidak bekerja dalam bentuk kewangan bagi. #DialogPoketRakyat
Warisan belum buat keputusan gabung parti
Parti Warisan Sabah belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Persediaan calon SPM tidak terjejas
Calon-calon SPM yang ditemui AWANI Borneo menyifatkan operasi PPS di sekolah itu tidak menjejaskan proses pembelajaran kerana kelas yang digunakan sebagai kelas tambahan terletak di aras atas.
Kerosakan utiliti & komunikasi di Bintulu sedang dinilai
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang mengemas kini data dan jumlah kerosakan akibat banjir di wilayah itu, terutamanya di kawasan Bintulu.
JKR diarah segera baik pulih jalan raya rosak
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBN memberitahu arahan telah dikeluarkan kepada JKR negeri untuk segera membaik pulih jalan raya terjejas banjir bagi memastikan akses tidak terputus.
Penduduk di perkampungan lereng bukit akan dipindahkan
Penduduk di Perkampungan Lereng Bukit di Bukit Kanada akan dipindahkan ke kawasan baharu, yang akan diumum kelak.
Fokus penyelamatan tertumpu kepada kawasan luar bandar Bintulu
Fokus penyelamatan Bomba Sarawak tertumpu kepada kawasan luar bandar Bintulu, yang masih terjejas dan digenangi air.
Kedai makan, medan selera 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan
Pasukan KL Strike Force mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew sebagai 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan.
'Miza Ozawa' dipenjara dua bulan cari langganan persundalan
Siti Amiza Baharuddin, 27, yang hamil enam bulan, dikenakan hukuman itu selepas kekal mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Shahrul Rizal Majid.
16 wanita Afrika terlibat aktiviti pelacuran di Bukit Bintang dicekup
Seramai 16 wanita warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sekitar Bukit Bintang ditahan malam tadi dalam serbuan di sebuah hotel bajet di sini.
5 termasuk remaja 17 tahun ditahan terbabit promosi aktiviti persundalan 'Geng Miza Ozawa'
Lima individu termasuk dua pelakon video seks yang mempromosikan aktiviti persundalan di platform Telegram ditahan pada 6 Jun lalu.
Penjawat awam negara jiran antara lapan pelacur asing ditahan
Kesemua wanita yang ditahan berusia antara 25 hingga 47 tahun itu ditahan dalam Op Noda.
Op Noda: Empat wanita warga asing ditahan
Operasi dijalankan pegawai serta anggota dari Balai Polis Taiping dan Bahagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
6 wanita warga asing dicekup disyaki terlibat aktiviti pelacuran
Enam wanita warga asing dicekup selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Kota Kinabalu.
Jurujual didakwa jadi orang tengah aktiviti pelacuran gadis 19 tahun
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan menjadi orang tengah untuk aktiviti pelacuran.
Bekas tentera diperintah bela diri terbabit aktiviti persundalan
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menjadi orang tengah ke atas dua wanita di sebuah hotel di Taman AST di Seremban, pada jam 12.05 tengah malam, 20 Jan tahun lalu.
Aktiviti persundalan di sebalik hotel, 14 tukang urut dicekup
Beroperasi secara sembunyi-sembunyi di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan dengan menjalankan aktiviti persundalan.