KUALA LUMPUR: Seramai 16 wanita warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sekitar Bukit Bintang ditahan malam tadi dalam serbuan di sebuah hotel bajet di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Delhan Yahaya berkata semua wanita berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun itu aktif melakukan aktiviti berkenaan sejak kebelakangan ini dengan menawarkan khidmat seks kepada pelancong dan warga tempatan pada harga RM100.
Beliau berkata wanita ini akan menggunakan taktik berdiri di tepi jalan bagi mendapatkan pelanggan di sekitar Bukit Bintang sebelum dibawa ke bilik hotel bajet berkenaan yang disewa secara harian.
"Berdasarkan risikan selama seminggu kumpulan wanita berkenaan didapati kerap bertukar hotel bajet bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
"Dalam serbuan itu polis merampas 40 keping kondom, 10 tiub gel pelincir, 14 telefon bimbit dan wang tunai RM800," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan permohonan reman akan dibuat hari ini.
Noor Dellhan turut menyeru orang ramai dan pihak hotel untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat terhadap sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Noor Dellhan berkata wanita ini akan menggunakan taktik berdiri di tepi jalan bagi mendapatkan pelanggan di sekitar Bukit Bintang sebelum dibawa ke bilik hotel bajet berkenaan yang disewa secara harian. - Gambar Bernama

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat seks melalui WhatsApp
Aniza Shakiera Ahmad, 36, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Tawar khidmat seks RM60 di Jalan Pudu, lapan ditahan polis
Kebanyakan pelanggan warga tempatan dan warganegara asing dengan purata langganan seorang pelacur lima hingga 10 orang.

10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu
Polis menahan 10 wanita warga Indonesia dalam serbuan di dua buah premis di kawasan Jalan Petaling dan Jalan Lebuh Pudu menerusi Op Noda.

16 wanita Afrika terlibat aktiviti pelacuran di Bukit Bintang dicekup
Seramai 16 wanita warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sekitar Bukit Bintang ditahan malam tadi dalam serbuan di sebuah hotel bajet di sini.

Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup
Berselindung di sebalik rumah sewa di Bandar Sunway, di sini dengan dipercayai menawarkan khidmat seks kepada warga asing terbongkar selepas diserbu pada Rabu.

Pelayan seks di Jalan Petaling ditahan, 54 bilik dipecahkan
Tawaran seks di empat premis sekitar Jalan Petaling, di sini dibongkar susulan penahanan 36 wanita warga asing dalam serbuan pada Sabtu.

Setengah jam pujuk wanita warga asing buka pintu bilik hotel
Wanita terbabit yang menawarkan khidmat seks berada bersama pelanggannya dalam bilik berkenaan ketika serbuan.

Polis tahan lelaki bersama 10 wanita Thailand tawar khidmat seks
Seorang lelaki tempatan bersama 10 wanita warga Thailand yang disyaki menawarkan khidmat seks, ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Pudu Ulu, di sini, 5 petang semalam.

Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.

Guna WeChat dan MiChat tawar khidmat pelacuran, dua wanita ditahan
Dua wanita berusia 22 dan 28 tahun ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dan mencari pelanggan melalui aplikasi atas talian.