Seorang bekas anggota tentera diberkas selepas cuba merampas senapang daripada seorang anggota tentera yang sedang bertugas di pintu masuk Kem Tentera Seberang Takir di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam kejadian pukul 1.55 tengah hari itu suspek telah pergi ke kem berkenaan dengan memakai topi keledar dan menutup mukanya dengan sehelai kain berwarna hitam.
Suspek yang berusia 41 tahun kemudian meminta untuk berjumpa dengan Penolong Pegawai Pemerintah kem berkenaan sebelum meluru ke arah anggota yang bertugas dan bertindak agresif.
“Lelaki berkenaan telah bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan cuba merampas selaras senapang jenis SK MP5 yang dipegang oleh pengawal berkenaan.
“Dalam usaha berkenaan, pengawal berkenaan telah bertindak untuk mempertahankan senjata berkenaan dan berlaku pergelutan di antara mereka. Tindakan pantas seorang lagi pengawal bertugas dan dengan bantuan seorang anggota, lelaki ini berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya pada sidang media di IPK Terengganu di sini hari ini.
Menurutnya lagi anggota tentera berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak, yang cedera dalam kejadian terbabit dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, dan menerima tiga jahitan di bawah telinga.
Siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu, adalah bekas tentera dan dikenakan tindakan buang kerja pada 2007 kerana masalah mental.
Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau yang digunakan supek masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas dari pengaruh dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Menurutnya lagi, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.
Sharom Abu Bakar
Sat Feb 11 2017

Ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas dari pengaruh dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Bekas tentera diberkas serang anggota di kem Seberang Takir
Seorang bekas tentera diberkas selepas cuba merampas senapang daripada seorang anggota tentera yang bertugas di pintu masuk kem tentera Seberang Takir, semalam.