Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Perintah reman yang bermula hari ini hingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber SPRM, lelaki berumur 29 tahun itu dan tunangnya yang berusia 28 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 5.44 petang semalam selepas mereka hadir menyerah diri.
Pada 12 Jun lepas, media melaporkan SPRM sedang mengesan bekas pegawai kanan kepada seorang bekas menteri, Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, bagi membantu siasatan kes.
Sebelum itu, SPRM dilaporkan telah mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan tersebut pada 27 Julai lalu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengemukakan dokumen dan invois palsu.
Pemilik syarikat berkenaan didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung Tender RFP- Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 15 2020
Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan seorang wanita ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM3.7 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
MOTAC akan ulas isu daftar masuk hotel lewat, keluar awal - Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas isu daftar masuk hotel dan inap desa yang semakin lewat sekitar jam empat petang seperti tular baru-baru ini.
MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.
MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.
Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan
Lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. akan digantung selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.
MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh kajian berhubung khazanah warisan negara menerusi kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dan menawarkan pakej umrah serta haji tanpa lesen yang sah.
MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.
MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.
Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kekal - Tiong
Menteri beri jaminan bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya.