KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membayar ganti rugi berjumlah RM10 juta atas dakwaan memfitnahnya.
Farhash Wafa selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 22 Januari lepas, dengan menamakan Wan Ahmad Fayhsal sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh media, Farhash Wafa mendakwa Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu telah membuat kenyataan fitnah terhadapnya pada sidang media di pekarangan Bangunan Parlimen, 14 Nov tahun lepas.
Bekas Pengerusi PKR Perak itu mendakwa kenyataan itu bermaksud antaranya beliau (plaintif) telah menawarkan rasuah atau mengugut Ahli Parlimen lain untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan kerajaan semasa.
Plaintif turut mendakwa kenyataan itu juga bermaksud kononnya beliau telah bersekongkol atau memberi arahan kepada individu yang dikenali sebagai "Datuk Botak", bagi menawarkan rasuah atau mengugut Ahli Parlimen lain untuk memperoleh sokongan kepada Perdana Menteri di Parlimen.
Selain itu, Farhash Wafa berkata kenyataan itu juga menggambarkan kononnya beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan reputasinya sebagai individu ternama di dalam negara.
Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu telah diterbitkan di beberapa media sosial iaitu YouTube Rasmi Parlimen Malaysia, TikTok dan WhatsApp, yang mana ia boleh dilihat oleh individu di dalam dan luar negara yang menggunakan aplikasi berkenaan.
Farhash Wafa mendakwa kenyataan fitnah itu adalah niat jahat defendan untuk memusnahkan reputasi plaintif bagi menagih sokongan orang ramai terhadap defendan atau parti politik selain memprejudiskan serta merendahkan perwatakan profesional dan kepimpinan plaintif sebagai rakyat Malaysia.
"Defendan juga mahu memalukan saya yang merupakan pengerusi dan pengarah beberapa syarikat tersenarai awam seperti 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad dan Apex Equity Holdings Berhad," dakwa plaintif.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas sebanyak RM10 juta dan ganti rugi pampasan, am, teruk serta teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya daripada Wan Ahmad Fayhsal.
Beliau juga memohon antaranya satu perintah injunksi bagi menghalang Wan Ahmad Fayhsal atau mana-mana ejennya daripada mengulangi kenyataan berbaur fitnah itu dalam apa cara sekalipun dan memohon perintah mahkamah supaya defendan memadamkan hantaran yang dibuat di mana-mana laman sosial kawalannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Farhash Wafa mendakwa Wan Ahmad Fayhsal telah membuat kenyataan fitnah terhadapnya pada sidang media di pekarangan Bangunan Parlimen, 14 Nov tahun lepas. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas Setiausaha Politik Anwar saman Wan Fayhsal, tuntut RM10 juta
Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membayar ganti rugi RM10 juta.

Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.

Setiausaha Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan dakwaan Zaki Yamani mempunyai kaitan dengan beliau atau Pejabat Perdana Menteri.