Mereka yang pernah menghidap demam denggi mempunyai risiko tinggi diserang penyakit itu untuk kali kedua.
Malah kajian mendapati serangan denggi kali kedua sering kali membawa kesan yang lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan maut.
Pengarah, Pusat Penyelidikan & Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Universiti Malaya, Prof Sazaly Abu Bakar berkata ramai beranggapan bahawa mereka yang pernah menghidap denggi tidak akan mendapat penyakit sama kerana antibodi berupaya melawan penyakit selepas jangkitan pertama.
Namun kajiannya di Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya membuktikan mereka yang pernah menghidap penyakit itu perlu lebih berhati-hati.
"Dalam kajian kami mendapati hampir 100% mereka mati denggi sebab jangkitan seterusnya kedua ketiga yang penting nak beritahu yang pernah terkena denggi mereka terdedah risiko terkena denggi berdarah teruk kali kedua tiga. Jadi amat penting bagi mereka memastikan mereka ini tidak digigit nyamuk," kata Prof Sazaly.
Kajian mendapati kebanyakan wabak penyakit virus demam denggi di negara ini adalah disebabkan oleh jangkitan denggi virus daripada Seroptip 1.
"Lebih 60% pesakit yang kita rawati di Pusat Perubatan Universiti Malaya kami mendapati mereka telah dijangkiti virus Serotip 1. Cuma 20% denggi disebabkan virus Serotip 2 dan 1% masing-masing Serotip 3 dan 4." tambahnya.
Namun katanya penemuan itu tidak mengejutkan berikutan virus Serotip 1 telah berada di Malaysia sejak sekian lama dan Serotip 2 juga bukan virus baru.
Serotip-serotip virus denggi yang wujud dinamakan denggi jenis 1, 2, 3, dan 4. Biarpun berlainan strain virus namun keempat-empat virus berkenaan adalah serupa.
Bagaimanapun, Sazaly melihat punca penularan wabak denggi kali ini bukan disebabkan faktor virus sahaja.
"Dalam kajian dapati kemungkinan wabak berlaku sebab populasi di mana ramai yang tidak ada kelalian kepada jangkitan virus denggi jumlah mereka adalah ramai dan menyebabkan mereka terdedah jangkitan denggi virus." kata Sazaly.
Namun apa yang nyata punca sebenar wabak adalah bukan faktor nyamuk semata-mata.
Penulis juga melakukan eksperimen memasukkan tangan ke dalam kotak yang dipenuhi ratusan ekor nyamuk aedes.
Hanya beberapa saat dalam kotak itu, kesemua nyamuk mula mengerumuni tangan dan terasa sakit apabila digigit nyamuk-nyamuk berkenaan.
Biarpun terdapat kesan gigitan namun nyamuk-nyamuk ini sebenarnya telah dibiakkan dalam makmal dan bebas daripada virus denggi.
Sekaligus membuktikan hanya apabila seseorang yang dijangkiti virus denggi digigit oleh nyamuk aedes maka penyebaran wabak akan berlaku.
Tan Su Lin
Thu Mar 06 2014
Pengarah, Pusat Penyelidikan & Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Universiti Malaya, Prof Sazaly Abu Bakar
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Perangi denggi: Astro AWANI lancar kempen #CukupSetakatSamson
Wabak denggi yang menular ketika ini turut meragut nyawa salah seorang warga kerja Astro Awani.