SEREMBAN : Seorang bekas penyelia ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di sebuah ladang di Jempol antara tahun 2008 hingga 2021.
Tertuduh, L Jayaseelan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah memperdagangkan S Veerasamy, 47, dan isteri A K Rajeswarii, 40, serta dua anak V Shasikala, 20, V Anbarasi, 23, dan menantu P Aridasan, 31, bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa ladang untuk menyelesaikan hutang.
Kesalahan itu dilakukan antara tahun 2008 hingga 17 November 2021 di Ladang Bukit Tinggi, Rompin di Jempol.
Peguam M Gobinathan merayu supaya anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan dia tidak lagi bekerja sejak lima tahun lalu selain mengalami masalah kesihatan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.
Pada prosiding tersebut, Pegawai Penyiasat, Inspektor Salwati Abdullah memberitahu yang kesemua mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan berasingan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Mahkamah menetapkan jaminan RM25,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran, tidak menganggu mangsa dan mana-mana saksi pendakwaan serta tidak terbabit dengan mana-mana kegiatan jenayah sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes 13 Februari ini.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 10 2023
Tertuduh, L Jayaseelan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim atas pertuduhan tersebut. - Sinar Harian
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Bekas penyelia ladang tak mengaku perdagang lima beranak
Tertuduh, L Jayaseelan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.