KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pengurus Inkubator Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu atas pertuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan.
Bagaimanapun tertuduh, Mohd Saiful Nizam, 40, yang sebelum ini bertugas di Besut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga paling rendah syarikat milik sekutunya.
Ia untuk mendapatkan kerja-kerja penambahbaikan sistem pemotongan bagi tujuan mempelbagaikan produk hasilan kilang berjumlah RM17,000 pada Mac 2015.
BACA: Pecah amanah RM14,000: Bekas pengurus Mardi mengaku tidak bersalah
Bagi pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang tinggi.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 26 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selain itu mahkamah turut meletakkan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan perlu melapor diri ke pejabat SPRM pada setiap 1 hari bulan sepanjang prosiding.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM, Nur Athikah Aziz manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Asaari Salleh.
Astro Awani
Wed Jun 23 2021

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga paling rendah syarikat milik sekutunya. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Bekas pengurus Mardi mengaku tidak bersalah salah guna kuasa
Bagaimanapun tertuduh, Mohd Saiful Nizam, 40, yang sebelum ini bertugas di Besut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.