SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus kanan syarikat pembinaan didenda RM222,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat pertuduhan gagal melaporkan tawaran dan pemberian suapan kepada pihak berkuasa.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Chua Shiou Meng, 51, selepas lelaki itu mengekalkan pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan. Semalam ditetapkan untuk pendengaran fakta kes dan jatuh hukum selepas tertuduh mengaku bersalah pada Disember tahun lepas.
Rozilah menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM20,000, RM100,000, RM100,000 dan RM2,000 bagi pertuduhan pertama hingga keempat dan memerintahkan tertuduh dipenjara 22 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Dia membayar denda itu.
Beliau juga menasihatkan tertuduh supaya insaf dan tidak mengulangi kesalahan rasuah dan jenayah lain.
Bagi dua pertuduhan, Chua telah ditawarkan wang suapan berjumlah RM10,000 dan diberikan wang suapan menerusi akaun bank miliknya berjumlah RM140,000 daripada seorang lelaki berumur 42 tahun.
Mengikut dua lagi pertuduhan, Chua telah diberikan wang suapan berjumlah RM75,700 daripada seorang lelaki berumur 48 tahun menerusi akaun bank milik isterinya dan turut ditawarkan suapan berbentuk komisen 50 sen per meter padu setiap bulan daripada seorang lelaki berumur 55 tahun.
Kesemua tindakan itu dilakukan sebagai dorongan untuk tertuduh agar tidak memberikan laporan prestasi kerja yang kurang baik dan boleh menyebabkan dua kontrak dibatalkan.
Chua melakukan kesalahan terbabit di dua restoran dan sebuah bank di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur antara Jan 2017 hingga Jan 2019.
Dia melakukan kesalahan yang melanggar peruntukan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana gagal melaporkan tawaran suapan itu kepada SPRM atau pegawai polis berhampiran serta telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, peguam mewakili tertuduh Datuk N. Sivananthan memohon hukuman ringan atas alasan Chua telah insaf serta memohon maaf atas perbuatannya dan anak guamnya yang menyara keluarga juga baru sahaja mendapat pekerjaan setelah dipecat 24 jam oleh syarikat lama.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira kepentingan awam dan mengatasi kepentingan individu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Hakim menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM20,000, RM100,000, RM100,000 dan RM2,000 bagi pertuduhan pertama hingga keempat dan memerintahkan tertuduh dipenjara 22 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Bekas pengurus kanan syarikat didenda RM222,000 gagal lapor rasuah
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas Chua mengekalkan pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan.