Seorang bekas pengarah yayasan milik kerajaan negeri Perlis bergelar Datuk direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu.
Ia bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan dan salah guna kuasa berhubung pembelian dua lot tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta pada tahun 2014 dan 2015.
Majistret Monica Joseph Gaisah membenarkan suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 15 Januari di Hospital Tunku Fauziah, Kangar.
Permohonan reman dilakukan di hospital berkenaan kerana suspek dinasihatkan untuk berada dalam pemantauan doktor selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Jumaat malam.
Semalam, lelaki yang berusia 61 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 3.13 petang di Pejabat SPRM Negeri Perlis selepas hadir memberi keterangan.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati bekas pengarah tersebut menggunakan jawatan dan kedudukannya pada ketika itu bagi pembelian dua lot tanah di Mukim Kurong Anai, Perlis yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah yayasan milik kerajaan negeri Perlis.
Tambah sumber, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 dan Sekyen 23 Akta SPRM 2009.
Hilal Azmi
Sat Jan 12 2019
![Bekas pengarah yayasan Perlis direman 4 hari di hospital Bekas pengarah yayasan Perlis direman 4 hari di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545580172_handcuff.jpg)
Bekas pengarah sebuah yayasan milik kerajaan negeri Perlis bergelar Datuk direman SPRM pada Sabtu. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dua warga asing ditahan, cuba sogok polis Dua warga asing ditahan, cuba sogok polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691071588_TBsogokpolis.jpg)
Dua warga asing ditahan, cuba sogok polis
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas cuba menyogok anggota itu sebanyak RM170 bagi mengelak disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen sah di sini Isnin lepas.
![Penolong pegawai penerangan mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah Penolong pegawai penerangan mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663670692_Rasuah.jpg)
Penolong pegawai penerangan mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah
Seorang penolong pegawai penerangan didakwa atas 10 pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan tender menyedia perkhidmatan bekalan makanan kepada syarikat milik ahli keluarganya.
![PRN Melaka: SPRM lancar bilik gerakan PRN Melaka: SPRM lancar bilik gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635417944_SPRM.jpg)
PRN Melaka: SPRM lancar bilik gerakan
SPRM hari ini melancarkan bilik gerakan PRN Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya itu.
![Tiga pengarah syarikat buat tuntutan palsu direman SPRM Tiga pengarah syarikat buat tuntutan palsu direman SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625651886_tuntutanpalsu.jpg)
Tiga pengarah syarikat buat tuntutan palsu direman SPRM
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tohmahan mengemukakan tuntutan palsu pembekalan implan ortopedik.
![SPRM Perak akan panggil beberapa individu isu tanah di Bagan Tiang SPRM Perak akan panggil beberapa individu isu tanah di Bagan Tiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624896033_SPRM.jpg)
SPRM Perak akan panggil beberapa individu isu tanah di Bagan Tiang
Ia susulan dakwaan pemberian tanah seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat untuk pelaksanaan projek ternakan udang.
![Sindiket penipuan SMS: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi pula direman Sindiket penipuan SMS: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi pula direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605677800_SPRMKetuaPerkhidmata.jpg)
Sindiket penipuan SMS: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi pula direman
Mereka yang terlibat dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan prabayar.
![Terima rasuah: Pegawai syarikat telco direman lima hari Terima rasuah: Pegawai syarikat telco direman lima hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603557378_SPRMMDBrasuah.jpg)
Terima rasuah: Pegawai syarikat telco direman lima hari
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira 9 malam semalam, selepas hadir memberikan keterangan.
![Bekas pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan bakal didakwa esok Bekas pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan bakal didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575882774_TBPRESSSPRM.jpg)
Bekas pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan bakal didakwa esok
Kedua-dua individu tersebut masing-masing bakal menghadapi 49 pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.
![[EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM [EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575878103_DatukAzam.jpg)
[EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM
Kebanyakan pakej rasuah yang ditawarkan pihak tertentu berbentuk perkhidmatan hiburan dan seks.
![Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574053175_ZahidHamidi.jpg)
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mencabar Seksyen 41(A) Akta SPRM dan Seksyen 71 AMLA 2001.