IPOH: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 64 pertuduhan penyelewengan, pemalsuan cek dan penggunaan cek palsu berjumlah kira-kira RM10.65 juta.
Ooi Yee Ling, 46, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 403, 467 dan 471/467 Kanun Keseksaan (KK).
Di mahkamah yang sama, wanita itu didakwa bersama bekas perunding syarikat tersebut Yee Yat Kai, 64, dengan empat pertuduhan memalsukan dokumen mengikut Seksyen 467 dan 471/467 KK.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua kesalahan itu dilakukan antara 17 Nov 2017 dan 8 Feb 2018 di beberapa bank dalam bandar raya ini.
Bagi dua kesalahan yang dijalankan mengikut Seksyen 403 KK, Ooi didakwa menyalahgunakan harta untuk dirinya sendiri, iaitu telah menggunakan cek milik Chan Chee Seng.
Bagi kesalahan di bawah seksyen ini, ia membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Di bawah Seksyen 467 dan 471/467 KK pula, Ooi mempunyai 62 pertuduhan kerana memalsukan cek milik Chan serta menggunakan cek palsu itu dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin dan Siti Aina Rodiah Shikh Md Saud serta kedua-dua tertuduh diwakili peguam Kenzaly Goik.
Faten Hadni memohon mahkamah menetapkan jaminan RM600,000 terhadap wanita itu bagi kesemua pertuduhan termasuk yang dibacakan secara bersama manakala jaminan sebanyak RM200,000 terhadap tertuduh lelaki itu yang menghadapi empat pertuduhan.
Namun, Kenzaly Goik merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya Ooi, yang menjalankan perniagaan menjual pakaian tidak mempunyai pendapatan tetap dan perniagaannya terjejas akibat wabak COVID-19 manakala Yee, seorang ejen insurans, juga tidak mempunyai pendapatan tetap selain mengalami hipertensi.
Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin terhadap Ooi sebanyak RM60,000 dan RM20,000 terhadap Yee bagi kesemua pertuduhan dihadapi dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 Ogos. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
![Bekas pengarah syarikat didakwa tipu cek palsu berjumlah lebih RM10 juta Bekas pengarah syarikat didakwa tipu cek palsu berjumlah lebih RM10 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651053323_JudgeHammer.jpg)
Seorang bekas pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 64 pertuduhan penyelewengan, pemalsuan cek dan penggunaan cek palsu berjumlah kira-kira RM10.65 juta.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
![Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720165108_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung
Seorang pengarah syarikat perkhidmatan perunding kewangan dan pelaburan mengaku tidak bersalah memindahkan wang syarikat lebih RM3 juta ke dalam akaun bank miliknya tanpa kelulusan mesyuarat agung.
![Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah seleweng lebih 15,000 liter diesel Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah seleweng lebih 15,000 liter diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah seleweng lebih 15,000 liter diesel
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
![Dua pengarah syarikat didenda miliki kelengkapan komunikasi tidak diperkaui Dua pengarah syarikat didenda miliki kelengkapan komunikasi tidak diperkaui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Dua pengarah syarikat didenda miliki kelengkapan komunikasi tidak diperkaui
Kedua-dua individu itu masing-masing didenda RM5,500 dan RM2,500 selepas mengaku bersalah.
![Pengarah syarikat lesap RM1.3 juta terperdaya pelaburan tidak wujud Pengarah syarikat lesap RM1.3 juta terperdaya pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Pengarah syarikat lesap RM1.3 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.
![8 pengarah Top Builders didenda RM405,750 dan teguran terbuka oleh Bursa Malaysia 8 pengarah Top Builders didenda RM405,750 dan teguran terbuka oleh Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717995097_pengarahtopbuilde.jpg)
8 pengarah Top Builders didenda RM405,750 dan teguran terbuka oleh Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Securities Bhd telah menjatuhkan hukuman denda RM405,750 terhadap lapan pengarah Top Builders Capital Bhd.
![Tuntutan palsu hampir RM1 juta: SPRM tahan pengarah syarikat Tuntutan palsu hampir RM1 juta: SPRM tahan pengarah syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709718721_TBtuntutanpalsu.jpg)
Tuntutan palsu hampir RM1 juta: SPRM tahan pengarah syarikat
Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada 2021 babitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan berjumlah lebih RM490,000.
![Pengarah syarikat ditahan beri rasuah 'meja snuker, ping pong' Pengarah syarikat ditahan beri rasuah 'meja snuker, ping pong'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708145624_SPRM.jpg)
Pengarah syarikat ditahan beri rasuah 'meja snuker, ping pong'
SPRM Pulau Pinang mereman seorang pengarah syarikat kerana disyaki memberi suapan berjumlah kira-kira RM13,000.
![Pemandu lori didakwa menipu pengarah syarikat RM1.03 juta Pemandu lori didakwa menipu pengarah syarikat RM1.03 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708067210_TBPemandulorijp.jpg)
Pemandu lori didakwa menipu pengarah syarikat RM1.03 juta
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas tuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan kerugian RM1.03 juta.
![Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707190879_SPRMLogoSPRM.jpg)
Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu.
![Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705221026_scam.jpg)
Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan
Seorang pengarah sebuah syarikat di Bintulu mengalami kerugian kira-kira RM120,000 selepas terperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai wakil sebuah jabatan kerajaan di Miri.