BUTTERWORTH: Bekas pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan berhubung penipuan invois melibatkan jumlah RM40,000 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Rabu.
Tertuduh, Aziedy Abdul Talib, 42, didakwa telah menipu kakitangan Mutiara.Com Sdn Bhd dengan cara memperdaya Madiani Ab Manaf untuk mempercayai bahawa kandungan invois untuk perkhidmatan 'Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service' adalah benar bagi mendorong bayaran RM40,000 kepada ATR Resources Enterprise, syarikat milik adiknya.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan (Undang-Undang Malaysia Akta 574) yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, tertuduh turut mempunyai pertuduhan pilihan iaitu telah memberikan satu dokumen iaitu invois kepada seorang ejen iaitu Eksekutif Operasi Kewangan Mutiara.Com Sdn Bhd, Mardiyani Ab Manaf yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butir matan palsu iaitu 'Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service' yang berjumlah RM40,000.
Perkhidmatan itu sebenarnya tidak dilakukan oleh syarikat ATR Resource Enterprise yang pada pengetahuan tertuduh adalah dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.
Bagi pertuduhan pilihan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama (Undang-Undang Malaysia Akta 575).
Ia memperuntukkan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Mutiara.Com Sdn Bhd di Tingkat 14 Menara UMNO, Jalan Macalister dalam daerah Timur Laut pada 11 Oktober 2016.
Tertuduh diwakili peguam CP Ang manakala pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman.
Dalam pendakwaannya, Noor Azura memohon mahkamah mengenakan wang jaminan RM10,000 serta dua syarat tambahan iaitu melaporkan diri di Ibu pejabat SPRM sekali setiap bulan manakala pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Dalam rayuannya, CP Ang meminta wang jaminan dikurangkan kerana anak guamnya perlu menyara isteri, dua anak, ibu bapanya yang sudah uzur dan seorang adik yang tinggal bersamanya.
Tertuduh juga hanya bekerja sambilan sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di ibu negara dan kontraknya akan tamat dua bulan lagi.
Hakim Zulhazmi Abdullah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM10,000 dengan membenarkan dua syarat tambahan tersebut.
Kes akan disebut semula pada 26 Jun depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed May 31 2023
![Bekas pemangku CEO GLC mengaku tidak bersalah tipu invois RM40,000 Bekas pemangku CEO GLC mengaku tidak bersalah tipu invois RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685508037_BekasCEO.jpg)
Hakim menetapkan wang jaminan RM10,000 dengan membenarkan dua syarat tambahan terhadap tertuduh. - Gambar/ Astro AWANI
![Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738840652_Pembuatkavadi.jpg)
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
![Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
![INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40 INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738855416_INSKEN.jpg)
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
![Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif
Agensi penarafan Fitch memberi amaran langkah AS kenakan tarif baharu akan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
![Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737960741_tbFaizalAliar.jpg)
Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta
Muhamad Faizal Aliar mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
![Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720764455_bekasceo.jpg)
Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Seorang bekas CEO anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.
![Bekas CEO didenda RM30,000, penjara sehari mengaku tiga pertuduhan menipu Bekas CEO didenda RM30,000, penjara sehari mengaku tiga pertuduhan menipu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bekas CEO didenda RM30,000, penjara sehari mengaku tiga pertuduhan menipu
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
![SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692160092_SPRMMDBrasuah.jpg)
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
![Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695786731_TBAmirAli.jpg)
Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak
Bekas CEO sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyalah guna kuasa melantik anak perempuannya bekerja di agensi berkenaan.
![SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597293292_SPRM.jpg)
SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta
Pasangan berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.
![Bekas CEO FIC ditahan SPRM Bekas CEO FIC ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81501498911_SPRMlogo.jpg)
Bekas CEO FIC ditahan SPRM
Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.