KUALA LUMPUR: Bekas pemain ragbi kebangsaan, Prof Madya Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.
Allahyarham, 38, merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, meninggalkan seorang isteri, Azlina Mohd Ariff, 44.
Adik Allahyarham, Muhammad Naimmi Ismail, 31, ketika dihubungi Bernama memaklumkan, jenazahnya akan dikebumikan di Taiping, Perak selepas solat Asar hari ini.
"Allahyarham telah menerima rawatan di hospital sejak Januari lepas selepas kesihatannya merosot, pihak hospital juga memberitahu keluarga kami bahawa arwah kena serangan jantung minggu lepas.
"Allahyarham merupakan seorang yang sangat komited dan tegas dalam kerjanya. Walaupun telah lama meninggalkan dunia ragbi, namun Allahyarham masih aktif dengan sukan kegemarannya itu, apabila sering bermain dan memberi tips berkaitan psikologi kepada ahli kelab ragbi Cobra Malaysia," katanya.
Allahyarham yang terkenal dengan jolokan 'Doc Malan' dalam komuniti ragbi tanah air pernah mewakili negara bersama pasukan ragbi 7 sebelah di Sukan Komanwel di Manchester, England pada 2002 dan Sukan Asia Busan di Korea Selatan pada tahun sama, selain pernah menyarung jersi skuad 15 sebelah negara.
Sementara itu, Kesatuan Ragbi Malaysia dalam satu kenyataan merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian Mazlan sebagai kehilangan besar bagi sukan ragbi dan dunia akademik negara.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di lapangkan kuburnya serta ditempatkan bersama hambanya yang bertaqwa di syuhada," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Prof Madya Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.