Bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana membabitkan kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini.
Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam ketika menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Perdana.
Selasa lepas, SPRM melalui kenyataan meminta beliau hadir ke ibu pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan.
Beliau yang pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan kelihatan tenang apabila tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.20 pagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b) (A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.
Pada 6 April, tiga pemain bola sepak MISC-MIFA, iaitu dua pemain tempatan masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dan pemain import Argentina berusia 29 tahun, ditahan reman kerana dipercayai menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie untuk menentukan perlawanan.
Pada 7 April, seorang pekerja kedai besi buruk dipercayai sebagai bookie, 49, ditahan reman kerana menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab itu untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana musim ini.
Rabu lepas, tiga pemain MIFA yang ditahan reman selama tujuh hari berhubung kes yang sama telah dibebaskan dengan jaminan SPRM oleh Mahkamah Majistret Putrajaya manakala bookie berkenaan disambung reman sehingga 17 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b) (A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun. - Gambar hiasan
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Penyerang Perancis, Antoine Griezmann umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa
"Kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dan memberi ruang kepada generasi baharu." - Griezmann
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
'Kualiti Arif Aiman lebih baik daripada pemain import'
Jamal Nasir berkata, Arif Aiman terus konsisten dalam setiap permainannya malah turut mampu menyaingi ramai pemain import lain dalam JDT.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
Pochettino kemudi skuad bola sepak AS
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, PSG dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai.
Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Dua pemain kebangsaan England dalam radar Man Utd
Eberechi Eze dari Crystal Palace dan Jarrad Branthwaite dari Everton telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya.
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.